Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 8, 2025 @ 11:53am

Kongsi Foto Bersama, Lelaki Didakwa Teman Istimewa Tiz Zaqyah Mohon Doa Orang Ramai – “Moga Allah Permudahkan Segalanya”

Susulan berita gembira mengenai perancangan pelakon jelita Tiz Zaqyah untuk menamatkan zaman bujang pada tahun depan, seorang lelaki dikenali sebagai Nas Amer mencuri perhatian apabila memuat naik foto bersama aktres berkenaan di media sosial.

Menerusi hantaran tersebut, Nas Amer turut memohon doa daripada orang ramai agar segala urusan mereka dipermudahkan.

“Assalamualaikum, doakan kami semoga Allah permudahkan segala urusan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nas amer (@n.ameerr)

Perkongsian itu bagaimanapun menyorot perhatian ramai dan  menerima pelbagai respons termasuklah dalam kalangan rakan selebriti yang rata-ratanya membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa agar pasangan itu kekal bahagia hingga ke jenjang pelamin.

Terdahulu, Tiz atau nama sebenarnya, Siti Zaqyah Abdul Razak  37, memaklumkan, lelaki itu adalah sahabatnya yang dikenali sejak zaman kanak-kanak.

“Kami dah kenal lama, sejak zaman kanak-kanak. Dia bukanlah orang dalam industri, tetapi adik kepada seorang pelakon,” katanya.

Bagaimanapun, dia pasangannya itu belum menetapkan sebarang tarikh spesifik untuk majlis hari bahagia mereka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Dec 2025

“3 Tahun Yang Bukan Mudah Untuk Aku & Ameena” – Shakilla Khoriri Kongsi Momen Graduasi Anak, Luah Pengorbanan Seorang Ibu

Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa sebak dan bangga apabila anaknya, Ameena Sofia, akhirnya menamatkan tempoh tiga tahun awal pendidikannya.

Featured Tue, 22 Mar 2022

“Tak Adil Jika Hanya Tuding Kesilapan Pada Satu Pihak” – Ruhainies Harap Orang Ramai Maafkan Zul Ariffin

Apapun, Ruhainies berkata manusia tak boleh lari daripada melakukan kesilapan dan bukan niatnya untuk ‘back up’ Zul, tetapi..

Hiburan Sat, 24 Jan 2026
Featured Thu, 6 Apr 2023
Hiburan Fri, 21 Jun 2024
Featured Mon, 27 Apr 2020
Trending Tue, 10 May 2022
error: Content is protected !!