Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 21, 2024 @ 6:13pm

[VIDEO] Romantis! Sharnaaz Ahmad Cipta Lagu Sebagai Hadiah Untuk Gadis Misteri – “Bukan Noor Nabila, Biar Saya & Wanita Itu Saja Tahu”

Pelakon, Sharnaaz Ahmad berkongs berita gembira yang kini tampil dengan sebuah single dalam Bahasa Inggeris berjudul Nugget.

Difahamkan, lirik lagu Nugget itu ditulis sepenuhnya oleh Sharnaaz manakala Dennis Lau sebagai komposer.

Menerusi temu bual bersama radio terkenal, Sharnaaz berkata dia menciptakan lagu tersebut istimewa untuk seorang gadis misteri sempena ulang tahunnya.

“Lagu ni untuk orang yang istimewa dalam hidup saya cipta untuk kekasih hati sebagai hadiah sempena hari jadi.

“Sebenarnya lagu tu dijadualkan rilis pada bulan Oktober, tapi tak sempat siap. Dennis tu perfectionist jadi ambil masa lebih lama,” katanya.

Menerusi siaran langsung di Instagram sebentar tadi, pelakon filem The Original Gangster ini menjawab persoalan peminat yang bertanya siapakah gerangan gadis misteri yang dimaksudkan itu.

Ada segelintir netizen yang meneka wanita tersebut adalah bekas isterinya, Noor Nabila namun Sharnaaz serta merta menepis tekaan tersebut.

“Siapa pemilik lagu itu rahsia. Biar saya dan dia sahaja yang tahu. Bukan Noor Nabila. Jangan pandai-pandai. Saya tahu suara saya tak sedap, tapi saya cipta lagu tu sebagai hadiah.

“Saya kata lagu itu sepatutnya keluar pada bulan Oktober bukan birthday gadis misteri bulan itu,” katanya.

@xtra_my

Dalam hati ada taman juga Mamu ni, untunglah gadis misteri tuuu 🥰 Min suka lagu Nugget ni! 🥳 #fyp #xtra #sharnaazahmad #lagu #romantik #gadis #misteri #beritaditiktok #sembangentertaiment

♬ original sound – XTRA – XTRA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 9 Nov 2019

‘Bukan Merajuk Tapi Kecewa’- NCIG Umum Henti Operasi Di Malaysia

Pada masa ini, regulasi yang diguna pakai adalah NCIG hanya boleh memperkenalkan produk cecair elektronik yang mengandungi sifar nikotin di Malaysia.

Hiburan Wed, 30 Oct 2019

Tunai Hasrat Sahabat, Ramli Sarip Gegar Pentas IB Tahun Depan!

Dah beli tiket untuk menonton konsert kolaborasi Papa Rock dan Ratu Rock Negara?

Hiburan Wed, 21 Aug 2019

Neelofa Terkena Jangkitan Influenza A?

Semoga cepat sembuh Lofa!

error: Content is protected !!