Euforia Bola 2026
Featured By: Nurul Hana June 19, 2023 @ 10:02pm

Penonton Buat ‘Mosh’ Sampai Sepak Orang Sekeliling, Pengawal Keselamatan Dikecam ‘Naik Tangan’? – “Jiwa Kacau Jatuh Kepada Abang Security”

Baru-baru ini, tular sebuah video pengawal keselamatan ‘naik tangan’ terhadap salah seorang penonton gara-gara membuka ‘mosh pit’ di Konsert Jiwa Kacau yang berlangsung pada Sabtu lepas.

Menerusi perkongsian seorang pengguna di Twitter, pengawal keselamatan yang bertugas pada malam itu didakwa telah menggunakan kekerasan.

“First time pergi konsert / gig, security terjah crowd sebab buat mosh pit. Siap tangankan orang! Memang banganglah!

“Semoga event organizer yang lain jangan ambil company ni untuk jadi security kalau lineup ada band liar! Biar diorang jaga konsert Ella ke, Sufian Suhaimi ke apa,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Difahamkan, sesetengah penonton membuka ruangan untuk melakukan ‘mosh’ di tengah pentas sehingga mengganggu ketenteraman orang lain.

@afritxx

Jiwa kacau problem

♬ Racun Dunia (Album Version) – The Changcuters

Hantaran tersebut mendapat pelbagai respons dalam kalangan wargamaya mengenai isu terbabit dengan mengatakan penonton perlu memilih lagu dan konsert yang sesuai untuk ‘mosh’ kerana ia mengganggu penonton lain yang hadir.

Malah, ada juga yang berpendapat pengawal keselamatan terbabit tidak perlu naik tangan.

“Elok pun ditangankan. Tengok konsert elok-elok tak boleh? Nak buat mosh macam orang tak ada akal, ganggu orang lain yang nak enjoy tengok konsert.

“Nak letak salah kat security semua pun tak boleh jugak. Mungkin geng diorang tak biasa dengan konsert yang chaos macam ni. Sebab tu bila tengok ada pit, diorang terjah nak redakan. Apapun, sampai naik tangan tu memang aku tak boleh terima langsung,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 21 Oct 2024
Hiburan Wed, 9 Aug 2023
Automobile Tue, 14 May 2019

Carsome Opens Up More Inspection Centres Around Malaysia

Carsome is Southeast Asia’s largest used car trading platform​.

Hiburan Sun, 11 Aug 2019

肥妈笑话「攞命」三位亚洲天后让安哥安娣也疯狂!

叶丽仪、陈洁灵及玛俐亚三大亚洲天后聚在一起「豪唱、豪情、豪笑」让台下安娣安哥级的观众嗨翻天,还抛开年龄的包袱忘我地跳舞!

Trending Sat, 26 Dec 2020
Hiburan Mon, 24 Mar 2025

Pesanan Datuk Red Pada Adira Suhaimi Buat Ramai Sebak! – “Andai Kita Tiada Jodoh & Usia Saya Singkat, Semoga Awak Bahagia”

Datuk Red berdoa Adira Suhaimi temui kebahagiaan lain sekiranya mereka tidak kembali berjodoh

error: Content is protected !!