Anak kepada usahawan terkenal, Bonda Rozita, iaitu Nur Ain Sufiyah, akhirnya mengesahkan bahawa ibunya telah sah mendirikan rumah tangga sekali lagi.
Menerusi sebuah sesi siaran langsung yang tular di platform TikTok, Ain memaklumkan bahawa pernikahan ibunya dengan abang kepada pelakon Rebecca Nur Al Islam berlangsung secara sah mengikut hukum Islam.
“Ajal, maut, dan jodoh semuanya di tangan Tuhan. Mereka sudah berkahwin secara halal, jadi ia sepatutnya diraikan. Tak perlulah kecam lebih-lebih. Ini adalah rezeki mak saya, syurga saya,” katanya.
Tambahnya lagi, seluruh ahli keluarga menerima perkara ini dengan hati terbuka tanpa sebarang persengketaan.
“Kami adik-beradik semua baik-baik sahaja. Mummy dan daddy (bekas suami) pun baik, tiada sebarang pergaduhan,” jelasnya.
Menjawab kritikan segelintir netizen yang mempersoalkan sikap berdiam diri Bonda Rozita, Ain menjelaskan bahawa perkara ini tidak perlu diperjelaskan kerana keluarga mereka telah menerima keputusan tersebut dengan lapang dada.
“Ada yang tertanya-tanya kenapa Bonda tidak membuat pengumuman rasmi. Tapi bagi kami, ia bukan satu masalah kerana keluarga kami baik-baik sahaja. Saya hanya ingin menjelaskan di sini supaya tidak timbul sebarang fitnah,” ujarnya.
Ketika ditanya mengenai punca perceraian ibunya sebelum ini, Ain menegaskan bahawa hal tersebut adalah privasi keluarga dan tidak perlu dipersoalkan.
“Punca perceraian sebelum ini tidak perlu diketahui umum kerana ia urusan peribadi. Kami menerima kehadiran suami baharu mummy dengan seadanya, cuma saya dan adik-beradik yang lain lebih selesa menganggapnya sebagai kekasih baharu mummy buat masa ini.
“Saya juga ingin meminta orang ramai supaya berhenti bertanya soalan seperti ini kepada keluarga saya, terutamanya kepada adik-adik saya yang masih kecil,” tambahnya lagi.
@ibondarozitaibrahim Setiap kata2 tak baik mencerminkan agama sesaorang , ia menentukan adab dan akhlak ..( pesan sy pd Ain jika ingin menjadi waris mummy berpegang pd agama wahai anak ku) . Sy menghormati dan amat menjaga mental health anak2 puteri2 sy ..Dia kesayangan kami ber2 mummy dan daddy.. . Kalam bonda : . Imam Syafi’i rahimahullah berkata “Aku mampu berhujah dgn 10 orang yg berilmu , tp aku pasti kalah dgn seorang jahil, kerana orang jahil tak pernah faham landasan ilmu”. “Orang jahil mencercaku dgn kata buruk . Maka aku tak ingin utk menjawabnya. Mereka akn bertambah bodoh & aku bertambah lembut, seperti kayu wangi yg dibakar malah menambah wangi”. Imam Syafi’i juga berkata : “Berkatalah sekehendakmu untuk menghina kehormatanku, diamku kepada orang hina adalah suatu jawaban.. Bukanlah ertinya aku x mempunyai jawaban, tetapi x perlu bagi singa melawan anjing”. Bonda melihat Imam Syafi’i dikenal sebagai ahli debat, tp Imam Syafi’i xmau berdebat dgn orang-orang bodoh. Imam Syafi’i berkata : Apabila orang bodoh mengajak berdebat denganmu, maka sikap yg terbaik adalah diam, Apabila kamu melayani, maka kamu akn susah . #jrmproductbonda #ibondarozitaibrahim #rumahhutanbondarozita
Sebelum ini, timbul spekulasi bahawa Bonda Rozita telah berkahwin dengan abang kepada aktres Rebecca Nur Al Islam selepas satu sesi siaran langsung di Instagram (IG) menunjukkan dirinya bersama seorang lelaki yang sama.
Desas-desus itu semakin kuat diperkatakan apabila Rebecca turut meninggalkan komen di media sosial yang menggelarkan Bonda Rozita sebagai ‘kakak iparku’, seolah-olah mengesahkan spekulasi yang bertebaran.
Namun, sehingga kini, Bonda Rozita masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bonda Rozita Mesra Pegang Tangan Suami Baru?
Artikel Berkaitan: Rebecca Nur Al Islam Panggil Bonda Rozita ‘Kakak Iparku’, Ibu Aliff Syukri Didakwa Dah Kahwin Baru?








