Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 3, 2025 @ 4:30pm

[VIDEO] Bonda Rozita Mesra Pegang Tangan Suami Baru?

Usahawan sensasi, Rozita Ibrahim, atau lebih dikenali sebagai Bonda Rozita, sekali lagi mencuri perhatian apabila sebuah video tular memaparkan dirinya bersama seorang jejaka misteri.

Video yang dikongsi di platform TikTok itu memperlihatkan ibu kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, mesra memegang tangan seorang lelaki yang setia berada di sisinya.

Situasi tersebut sekali gus menguatkan spekulasi bahawa Bonda Rozita sudah mendirikan rumah tangga sekali lagi.

@kay_officialpage1

Kelihatan bonda berpegang Tangan dgn lelaki kaca mata hitam dari IG story bonda rozita, confirm Suami baru kan ? #bondarozitaibrahim #kahwin#viralvideo #capcut

♬ original sound – kay_officialpage1 – kay_officialpage1

Sebelum ini, timbul dakwaan bahawa Bonda Rozita telah berkahwin dengan abang kepada aktres Rebecca Nur Al Islam.

Spekulasi itu mula tercetus selepas sesi siaran langsung di Instagram (IG) memperlihatkan dirinya bersama lelaki yang sama.

Desas-desus tersebut semakin hangat diperkatakan apabila Rebecca turut meninggalkan komen di media sosial yang menggelarkan Bonda Rozita sebagai ‘kakak iparku’, seolah-olah mengesahkan spekulasi yang bertebaran.

Namun, sehingga kini, Bonda Rozita masih belum memberikan sebarang kenyataan berhubung gosip tersebut.

Artikel Berkaitan: Rebecca Nur Al Islam Panggil Bonda Rozita ‘Kakak Iparku’, Ibu Aliff Syukri Didakwa Dah Kahwin Baru?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 15 Sep 2018

Panggilan ‘Kau Aku’ Dengan Suami, Syatilla Melvin Jawab Kritikan Netizen

Sebagai isteri saya tahu menjaga batas. Tidak semestinya apabila saya membahasakan diri ‘aku’ dan ‘kau’, itu bermakna saya tidak menghormati Sam sebagai suami.

Hiburan Wed, 6 Dec 2023
Featured Tue, 8 Nov 2022
Featured Wed, 14 Jul 2021

Bimbang Kes Semakin Tinggi, Netizen Beri Sokongan & Simpati Buat Dr Noor Hisham

Semalam, kes COVID-19 di Malaysia mencatatkan 11,079 kes manakala hari ini pula, ia mencatatkan 11,618 kes baru. Bilangan kes baru yang semakin membimbangkan ini terus mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai di media sosial. Semalam, Ketua […]

Selebriti Wed, 19 Nov 2025

Lebih Banyak Keseronokan Menanti Menerusi ‘REAL ke AI?!’

Bukan sekadar meneruskan cabaran ‘Real atau AI’, inisiatif ini turut berkongsi alatan AI berguna yang mungkin sudah biasa digunakan umum.

Trending Sat, 14 Aug 2021
Hiburan Mon, 9 Dec 2019

Bagaikan Kisah Dongeng ‘Snow White’, Majlis Perkahwinan Eizlan Yusof-Tasha Bakal Jadi “Wedding of The Year” 2019

Tak dapat nak membayangkan bagaimana gemilangnya majlis perkahwinan Eizlan Yusof hujung minggu ini. Rasa macam dalam mimpi pulak!

error: Content is protected !!