Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd July 14, 2021 @ 5:15pm

Bimbang Kes Semakin Tinggi, Netizen Beri Sokongan & Simpati Buat Dr Noor Hisham

Semalam, kes COVID-19 di Malaysia mencatatkan 11,079 kes manakala hari ini pula, ia mencatatkan 11,618 kes baru.

Bilangan kes baru yang semakin membimbangkan ini terus mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai di media sosial.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah muncul di sidang media bersama Menteri Kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Namun, apa yang menarik perhatian orang ramai adalah reaksi wajah Dr Noor Hisham dan suaranya yang kedengaran agak sebak menerusi video berdurasi 13 minit yang dimuat naik.

Ramai yang membuat perbandingan reaksi Ketua Pengarah Kesihatan itu tatkala beliau mengumumkan hanya satu kes baru pada tarikh yang sama tahun lalu dan kira-kira lebih 11,000 kes pada tarikh sama tahun ini.

Rata-rata pengguna media sosial dilihat meluahkan sokongan dan simpati buat beliau kerana masih berjuang di saat ini dan terpaksa menanggung bebanan dan tanggungjawab seorang diri.

Walaupun, timbul pelbagai kisah tular melibatkan pengurusan COVID-19 namun Dr Noor Hisham masih tetap tenang dalam menjawab setiap asakan dan pertanyaan yang diberikan.

Terserlah sifat kepimpinan beliau dari mula mengendalikan kes sehingga kini. Walauapapun yang berlaku, kepercayaan rakyat Malaysia terhadap Dr Noor Hisham tidak akan pudar.

Kredit foto: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 24 Jul 2023
Hiburan Wed, 11 Sep 2019
Hiburan Thu, 7 Dec 2023

Misi Membantu Calon SPM Ubah Gred G Kepada A

Makin ramailah bilangan calon SPM dapat A selepas ni!

Featured Tue, 7 Apr 2020

Rahsia wajah runcing dan awet muda dengan kaedah urutan Gua Sha

Katakan tidak pada pembedahan kosmetik!

Hiburan Tue, 17 Jun 2025
Trending Wed, 20 May 2020

JAIS Keluar Larangan Ziarah Kubur Pada Hari Raya Aidilfitri

Tempoh masa kuatkuasa bagi ketetapan ini tertakluk kepada satu siaran yang akan dikeluarkan oleh JAIS kemudian

Featured Thu, 14 May 2026

“Kelakar Bila Orang Sibuk Hal Saya” – Pertahankan Diri, Netizen Kurang Senang Dengan Respons Zul Ariffin?

Zul kemudian tampil membuat kenyataan menerusi platfrom sama memaklumkan, dia terkejut apabila perkongsiannya itu ‘menganggu’ orang lain.

Trending Wed, 4 Nov 2020
Hiburan Thu, 10 Jan 2019

Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal Di Pawagam 21 Mac 2019

Filem “Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal” mengetengahkan pengembaraan Upin dan Ipin bersama kawan-kawan ke sebuah kerajaan dongeng bernama “Inderaloka”

error: Content is protected !!