Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 17, 2025 @ 12:30pm

[VIDEO] “Tuduhan Ini Sangat Berat, Saya Mahu Bersihkan Nama” – Isu Amang Seksual, Naim Daniel Mohon Doa

Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel memohon semua pihak untuk memberi ruang terhadapnya susulan terpalit isu melakukan amang seksual bersama seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.

Ketika ditemui media, Naim atau nama lengkapnya, Muhammad Naim Daniel Baharin, 28, bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut memandangkan siasatan kes masih berlanjutan.

“Saya baru sahaja didakwa untuk satu pertuduhan yang sangat berat dan saya faham semua pihak ada persoalan, isu ini mengejutkan setengah pihak juga.

“Buat masa sekarang saya masih belum bercadang untuk mengulas mengenai isu ini kerana masih di peringkat awal.

“Saya tak ingin ada sebarang campur aduk yang mungkin boleh menganggu perbicaraan nanti jadi saya serahkan segalanya kepada sistem pengadilan.

“Saya komited untuk memberi kerjasama yang penuh bagi membersihkan nama saya dan saya harap dapat doa daripada semua pihak,” katanya.

Pelantun lagu popular Lelaki Gila ini menjadikan kesejahteraan dirinya sebagai keutamaan terlebih dahulu.

“Alhamdulillah, saya sihat. Sekarang saya memberi tumpuan kepada kesejahteraan saja,” katanya selepas usai perbicaraan kes ditemani dua peguam bela mewakilinya iaitu Mohd Irwan Sumadi dan Amirul Ridzuan Hanif di perkarangan mahkamah.

Ketika perbicaraan pertama yang berlangsung hampir tiga jam itu, Naim telah membayar wang jaminan berjumlah RM12,000 serta pasport antarabangsa miliknya telah diserahkan kepada pihak mahkamah.

Sebutan kedua bagi perbicaraan kes akan berlangsung pada 18 Ogos 2025.

Naim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Putrajaya hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, bulan lalu.

Naim hadir ke Mahkamah Sesyen Putrajaya pada jam 8:34 pagi tadi bersama ibunya, Nora Taherah dan kakaknya bagi perbicaraan kes tersebut.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pelakon dan penyanyi terkenal ditahan polis selepas terbabit kesalahan melakukan amang seksual ke atas seorang remaja perempuan di sebuah hotel terletak di Selangor.

Difahamkan, mangsa berusia 17 tahun itu mula berkenalan dengan selebriti tersebut di sebuah kafe tempatnya bekerja.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussien Omar berkata remaja perempuan tersebut dikhabarkan adalah peminatnya.

Artikel Berkaitan: Naim Daniel Mengaku Tak Bersalah Amang S*ksual Remaja 17 Tahun… Pasport Diserah Kepada Mahkamah, Diikat Jamin RM12,000

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 29 Dec 2020
Featured Wed, 3 May 2023

Anna Jobling Sebak, Sempat Penuhi Impian Bertemu Peminat Cilik Menderita Penyakit Otot

Baik betul Anna ni, kita doakan moga adik Sofia kembali sembuh💖

Featured Thu, 30 Nov 2023
Trending Sat, 12 Oct 2019

16 Termasuk Kanak-Kanak Melecur Belon Helium Meletup

“Sedih tragedi sudah berlaku di tempat yang sepatutnya ada temasya,!

Hiburan Fri, 17 Aug 2018

Hubungan Dingin Dengan Papa, Nabila Redha

Apapun, Abil hanya mahu semua peminat mendoakan yang baik-baik buat keluarganya

Featured Mon, 3 Oct 2022

[VIDEO] Dikritik Guna Daun Limau Dalam Resepi Nasi Lemak, Ramai Tampil ‘Back Up’ Khairul Aming

Kesian Khairul Aming, lepas satu.. satu kontroversi. Setiap orang kan ada cara masakan sendiri, apapun min suka pula tengok periuk tu

Hiburan Fri, 10 May 2019

‘Luang Masa Selagi Masih Ada’- Adira Terkilan Hajat Arwah Bapa Tidak Kesampaian

Adira AF 8 menasihati semua supaya lebih menghargai orang tua selagi mereka masih hidup

Trending Mon, 18 Jun 2018

Ibu Tak Nak Kehilangan Adik, Ibu Tak Sedia Lagi…

Si ibu turut merayu agar orang ramai yang memiliki darah jenis O untuk datang menderma darah kerana mereka sekeluarga amat memerlukannya.

error: Content is protected !!