Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal May 10, 2019 @ 1:18am

‘Luang Masa Selagi Masih Ada’- Adira Terkilan Hajat Arwah Bapa Tidak Kesampaian

Penyanyi Adira mengaku sedikit terkilan rancangan awal membawa dua anaknya beraya dengan bapa tercinta tidak kesampaian.

Kata Adira ketika ditemui di majlis pelancaran tudung Hermanas X Adira di The Curve baru-baru ini, meskipun sedih dengan pemergian bapanya dia mula reda.

“ Walaupun saya jarang berjumpa aya kerana dia tinggal di Johor Bahru dan saya di Kuala Lumpur, kasih sayang saya terhadapnya tetap utuh.

“ Arwah pernah memberitahu mahu bertemu dengan cucunya tetapi tidak kesampaian. Itu yang membuatkan saya sedih sampai sekarang,” kata Adira yang reda dengan pemergian bapa tersayang.

Menurut Adira, ibu-bapanya sudah bercerai sebelum dia dilahirkan lagi dan Adira berada di bawah jagaan ibunya.

Tambah pelantun Pujaan Hati ini, dia turut berpesan agar sentiasa menghargai keluarga sementara mereka masih hidup.

“ Kepada sesiapa yang masih ada bapa, gunakan kesempatan yang ada untuk luangkan masa bersama mereka.

“ Kita tidak tahu sampai bila mereka dipinjamkan. Hargai mereka sementara ada,” katanya dalam nada sebak.

Bapa Adira iaitu Suhaimi Rajiman meninggal dunia akibat kegagalan beberapa organ dalaman di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pada 21 Mac lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 30 Oct 2021
Featured Wed, 20 Apr 2022
Hiburan Fri, 9 Nov 2018

Dakwaan Disogok RM5 Juta, Polis Bakal Rekod Keterangan Farid Kamil

Pihak Polis menerima satu laporan di Balai Polis Kota Damansara semalam daripada seorang lelaki berusia 43 tahun yang menjadi wakil kepada Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam.

Hiburan Thu, 17 Apr 2025

Nafi Tumpang Populariti, Umisya Mazlan Akhirnya Tampil Bersuara! Dakwa Disekat Abby Abadi & Marissa Dania 

Umisya Mazlan dakwa disekat Abby Abadi, nafi tumpang populariti Marissa Dania

Featured Thu, 9 May 2024
Featured Wed, 15 Dec 2021

Alahai, Kesiannya! Anak Menangis Ketakutan Selepas Bapa Bertindak Agresif Pecahkan Cermin Kereta

Baru-baru ini, tular video menunjukkan seorang lelaki yang dalam keadaan marah memecahkan cermin tingkap kereta yang dinaiki oleh seorang wanita dan dua orang anaknya. Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook bernama Amira […]

Trending Hari Ini Fri, 8 May 2020
error: Content is protected !!