Euforia Bola 2026
Featured By: Arfah December 15, 2021 @ 1:04pm

Alahai, Kesiannya! Anak Menangis Ketakutan Selepas Bapa Bertindak Agresif Pecahkan Cermin Kereta

Baru-baru ini, tular video menunjukkan seorang lelaki yang dalam keadaan marah memecahkan cermin tingkap kereta yang dinaiki oleh seorang wanita dan dua orang anaknya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook bernama Amira Nabila, lelaki tersebut berdiri di bahagian penumpang kereta dan meminta Amira untuk membuka pintu kerana dia ingin memberi wang kepada anaknya.

Amira hanya membuka tingkap keretanya sedikit kerana takut untuk membuka pintu, lalu lelaki itu bertindak agresif dengan menarik tingkap kereta tersebut sehingga pecah.

Anaknya yang berada di dalam kereta itu menangis melihat kejadian yang terjadi.

Amira tampil menjelaskan sebab mengapa dia cuma buka tingkap sesuku sahaja kerana lelaki yang merupakan suaminya itu pernah melakukan tindakan agresif terhadapnya di dalam kereta sebelum ini.

“Sehari sebelum kejadian, dia bawa lari beg dokumen saya di dalam kereta sebab itu hari ini saya buka tingkap sikit sahaja, kalau buka tingkap luas-luas, memang kena jeratlah macam sebelum ini.

“Saya berhati-hati kali ini sebab sebelum ini dia ugut nak ambil kereta saya siap kata nak bakar lagi. Sebelum ini dah berkali-kali rebut kunci kereta dan dia siap buang angin tayar pun ada,” tulis Amira.

Amira menjelaskan dia dan suaminya kini sedang dalam proses penceraian dan sudah tidak tinggal bersama sejak April 2021.

Tujuannya memuat naik video ini adalah sebagai bukti dan tidak berniat membuat provokasi.

Setakat ini, hantaran itu telah mendapat lebih dari 1 juta tontonan dan rata-rata reaksi netizen amat marah dan takut melihat tindakan lelaki itu yang berkelakuan agresif depan anak-anak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 15 Aug 2025
Hiburan Mon, 8 Jan 2018

DATUK HANS ISAAC DAN NEELOFA KELUAR BERSAMA?

Adakah Neelofa ingin menyembunyikan sesuatu selepas mereka dipertemukan semula dalam program rancangan bual bicara itu. Apa sahaja difikiran netizen, yang pastinya pasangan ini sudah tidak janggal untuk keluar bersama setelah sekian lama.

Featured Wed, 19 Feb 2025

“Kalau Ada Peluang Berlakon, Saya Akan Kembali Berlakon” – Sharifah Shahirah Mahu Berehat

“Saya dengan rela hati menolaknya kerana ingin berehat” – Kak Rara

Hiburan Mon, 22 Jul 2024

[VIDEO] “Saya & Fattah Baik Sahaja, Spekulasi Itu Tak Betul” – Fazura Leraikan Dakwaan Rumah Tangga Bergolak

Alhamdulillah, semoga Allah terus melindungi rumah tangga Fazura & Fattah ❤️

Trending Tue, 29 Dec 2020
Featured Mon, 16 Dec 2024
Featured Thu, 17 Nov 2022

Tempuh Penerbangan Berbelas Jam, Nazeera Sardi Hiking Dengan Dress Untuk…

Pelakon Nazeera Sardi berkongsi momen percutiannya di Turkiye. @nazeerasardi10 Berbelas jam fly ✈️ untuk sampai ke sini, hiking dengan dress seawal 6 pagi untuk sampai atas ni dengan kesejukan 9-11c. Tapi, rasa berbaloi dapat tengok […]

Hiburan Fri, 28 Jun 2019

Kilafairy Tak Kisah Kahwin Lambat

Kilafairy menyifatkan dengan kemunculan produk Kilafit ini, kehidupannya sudah terisi.

error: Content is protected !!