Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 4, 2025 @ 11:55am

Tak Ambil Dari Rumah Kebajikan, Nur Izzara Rupanya Anak Saudara Alyah… Perjelas Status Hubungan Dengan Suami

Penyanyi, Datin Alyah memaklumkan dia tidak mengambil anak angkat menerusi sistem rumah kebajikan, sebaliknya puterinya iaitu Nur Izzara adalah anak saudaranya sendiri.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Alyah turut menjelaskan hubungan Zara bersama suaminya, maestro terkenal Datuk Ramli MS mempunyai hak seperti bapa kandung.

“Kami tak ambil Zara dari mana-mana kebajikan atau rumah anak yatim, dia adalah anak saudara saya sendiri, bukan orang lain.

“Kami juga dah susukan Zara, jadi antara hubungan dengan suami, Ramli mempunyai hak seperti bapa dan anak kandung,” katanya.

Pelantun lagu Kisah Hati itu menjelaskan perkara berkenaan susulan menerima pertanyaan orang ramai yang bertanya mengenai cara dan proses Alyah mengambil anak angkat.

Dalam masa sama, Alyah turut sempat memberi pesanan kepada pengikutnya untuk tidak terlalu mengikuiti pandangan orang lain kerana menjaga seorang anak itu adalah amanah terbesar.

“Jadi, saya minta maaf banyak-banyak mana yang mesej saya tanya kat mana saya dapat Zara dan macam mana nak ambil anak angkat yang comel-comel.

“Nasihat saya tentang yang nak ambil anak angkat ni, kalau boleh jangan ikut apa orang kata atau apa rasa hati yang kita nak.

“Sebab yang nak jaga ini ialah jiwa dan nyawa, besar tanggungjawab dan tak mudah.

“Sebelum apa-apa keputusan nak dibuat, mohonlah pada yang maha kuasa juga pengendali sekalian Alam ini dan dengan sesungguhnya, Dia Maha Mengetahui dan perancang terhebat,” tambahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Sebelum ini, Alyah menepis dakwaan mengatakan dirinya mandul, sebaliknya dia telah menjalani rawatan kesuburan in-vitro fertilisation (IVF) pada 2021 dan memperoleh lima telur namun terpaksa dilepaskan.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Mac 2013 dalam sebuah majlis secara rahsia di Indonesia.

Artikel Berkaitan: Nafi Mandul, Alyah Berhabis Ratus Ribu Jalani Rawatan IVF – “Saya Pernah Alami Keguguran, Ada Lima Telur Terpaksa Dilepaskan…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 1 Jan 2018

Vin Diesel dan The Rock Pelakon Termahal 2017

Vin Diesel dan The Rock Pelakon Termahal 2017

Trending Sun, 27 Dec 2020
Hiburan Fri, 20 Dec 2019

城市巨响音乐节1月4日举行!台湾人气歌手9M88领衔26组歌手演出

第二届城市巨响音乐节1月4日举行,台湾人气歌手9M88领衔26组歌手展现音乐巨响力量!

Events Fri, 13 Dec 2019

Selepas 12 Tahun, SHAKTI Kembali Ke Malaysia!

Pembelian tiket boleh dilakukan bermula 7 Oktober di www.myticket.asia yang berharga RM 1255 (VIP), RM755 (Diamond), RM555 (Platinum), RM355 (Emas) RM255 (Silver).

Featured Thu, 1 Sep 2022
Featured Mon, 19 Dec 2022

[VIDEO] ‘Jauh Hati’ Ceritakan Episod Hitam Dalam Perkahwinan Shila Amzah – “Lirik Ditulis Sehari Sebelum Saya Keluar Rumah”

Lirik lagu yang sangat mendalam maksudnya 🥲 ‘Patut rasa banggalah, siapa lagi nak buat lagu pasal dia?’ – Shila Amzah

error: Content is protected !!