Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 19, 2023 @ 5:24pm

[VIDEO] Isu Bila Nak Bertudung? Atilia Haron Selesa Dengan Penampilan Terkini – “Mama Tak Pernah Paksa Saya, Tapi…”

Penyanyi, Atilia Haron tidak terkecuali menerima tempias sama untuk mengikuti jejak ibunya, Salamiah Hassan, 52, yang kini telah membuat keputusan untuk berhijab.

Susulan itu, ramai yang mempersoalkan mengenai bilakah pelantun lagu Bahagiaku ini akan memakai tudung.

Menerusi sebuah video temubual dimuat naik oleh wartawan Kiffy Razak, Atilia menjawab persoalan tersebut yang memohon orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Jelasnya, dia berasa selesa untuk tidak berhijab buat masa ini demi tuntuan kerjanya yang juga seorang coach yoga.

“Insya-Allah, suatu hari nanti saya akan bertudung. Tapi dalam masa sekarang ni saya rasa lebih selesa macam ni atas dasar kerja yang saya lakukan.

“Ya, saya tahu boleh ajar yoga pakai tudung, tapi saya sendiri selesa macam tu. Saya rasa saya tak buat salah,” katanya.

Sementara itu, Atilia juga berkongsi ibu tercintanya, Salamiah tidak pernah memaksa dirinya untuk bertudung.

“Mama cakap pada saya pakai tudung bila dah ready. Sama macam dia juga, bila dia ready dia pakai tudung.. Alhamdulillah, dia rasa sangat happy sekarang tak ada yang paksa dia.

“Jadi dia nak sama juga macam anak dia. Dia tak nak paksa saya, nak saya sendiri yang terbuka hati untuk berhijab,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 16 Apr 2021

Abu Bakar Omar Meninggal Dunia

Pelakon veteran berbakat besar, Abu Bakar Omar telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.04 pagi di Hospital Alor Setar, Kedah. Berita sedih terbabit dikongsikan oleh pelawak dan penyampai radio, Sharifah Shahirah menerusi hantaran terkini yang […]

Hiburan Wed, 15 Jan 2025

CSOIAM: Tersingkir Di Minggu Keempat, Alya Mardien Terima Keputusan Dengan Hati Terbuka

Tersingkir di minggu keempat CSOIAM, Alya Mardien percaya dengan perancangan Tuhan.

Hiburan Sat, 28 Aug 2021

20 Bakat Baharu Rakam Lagu Patriotik Malaysia Ku Tercinta

Sempena dengan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang bakal disambut dalam norma baharu tidak lama lagi, 20 bakat baharu dalam dunia nyanyian tampil dengan sebuah lagu istimewa berjudul Malaysia Ku Tercinta. Ini merupakan hasil usaha […]

Hiburan Thu, 17 May 2018

G-Dragon Needs Surgery on His Ankle!

He is currently hospitalised in Seoul.

Featured Mon, 27 Sep 2021
Hiburan Thu, 21 Sep 2023
Hiburan Fri, 24 Jan 2025
Trending Wed, 15 Jul 2020
error: Content is protected !!