Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 24, 2025 @ 3:25pm

Lebih Selasa Tiada Pangkat, Shila Amzah Dedah Berkali-Kali Tolak Gelaran Datuk

“Saya lebih gemar dan selesa begini,” demikian kenyataan penyanyi, Shila Amzah yang mengakui sudah beberapa kali menolak tawaran untuk bergelar Datuk.

Menerusi temu bual podcast bersama suaminya, Ubaidillah MZ, Shila atau nama sebenarnya Nurshahia Amir Amzah, 35, mengakui dia lebih selesa untuk dikenali sebagai seorang individu yang biasa tanpa mempunyai sebarang pangkat.

“Saya rasa layak atau tidak itu adalah subjektif tapi kalau boleh, tak naklah. Saya pernah tolak tawaran beberapa kali sebab diberi (gelaran Datuk) akan ada yang ‘riki-riki’.

“Saya lebih gemar dan selesa sebagai Shila Amzah saja, selesa dengan apa yang saya ada sekarang,” katanya menjawab komen salah seorang netizen yang berpendapat bahawa selebriti ini sudah layak menerima gelaran tersebut.

Sementara itu, pelantun lagu Patah Seribu ini turut sempat berseloroh dengan suaminya mengatakan gelaran datuk dan nenek akan diberi oleh anak mereka suatu hari nanti.

“Kalau awak (Ubai) diberikan gelaran Datuk pun saya tak nak sebab kalau saya betul kejar gelaran itu, baik saya kahwin dengan orang yang dah ada gelaran sebelum ini.

“Kalau betul nak gelaran, biarlah anak kita dah kahwin nanti dia yang bagi gelaran datuk dan nenek pada kita,” ujarnya.

@ubaimz

Misi untuk saya menjadi Datin tak tercapai hmm #fyp #tiktokmalaysia

♬ original sound – Ubai Mz – Ubai Mz

Imbas kembali, Shila sebelum ini pernah meraih kejuaraan selepas menyertai pertandingan nyanyian ‘Asian Wave’ di Shanghai pada 2012 yang diadakan di Shanghai, China.

Selain Asian Wave, Shila juga pernah menyertai pertandingan peringkat antarabangsa lain seperti program I Am A Singer dan Singing With Legends.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 23 Dec 2017

Ibu Bapa Terima Berita Kematian Ketika Tawaf

Tiga Beradik Maut: Ibu Bapa Terima Berita Kematian Ketika Tawaf

Hiburan Tue, 30 Oct 2018

Indah Ruhailah Makin Teliti Cari Lagu?

Peminat Indah Ruhailah, jangan risau Indah masih aktif menyanyi okay!

Hiburan Sun, 20 May 2018

Sissy Iman Terkena Tempias Jampi Hael Husaini

Terkena tempias hebat Jampi dek kemunculannya bermain piano mengiringi persembahan lagu Jampi dendangan Hael Husaini pada Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32), baru-baru ini, SIssy Iman mula mendapat perhatian ramai.

Featured Mon, 8 Aug 2022
Hiburan Fri, 26 May 2023
Hiburan Tue, 16 Jun 2026

“Dahsyat Betul Membenci Saya…” – Khairul Aming Terkilan Ada Yang Menanti Kejatuhannya

Menurut Khairul, dia terkejut melihat ada pihak yang terlalu cepat membuat kesimpulan dan seolah-olah menantikan kegagalannya.

error: Content is protected !!