Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 16, 2018 @ 3:03am

Dikecam Lepas ‘Mengayat’ Syed Saddiq?

Gara-gara memuat naik video bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Instagramnya, tidak semena-mena pelakon Emma Maembong dituduh sebagai lalang.

Tak sampai beberapa saat Emma memuat naik videonya bersama Syed Saddiq, bahagian komen di laman sosial pelakon itu dibanjiri komen-komen negatif yang berniat mengutuk tindakan Emma.

Mengulas mengenai perkara itu, Emma menjelaskan dia sudah dua tahun mengenali Syed Saddiq malah sehingga kini mereka masih berkawan seperti biasa.

“Orang kecam sebab muat naik gambar Syed Saddiq dan ramai juga yang tuduh saya cuba nak mengorat beliau, sedangkan kami dah lama kenal sejak dua tahun lalu.

“Perkenalan kami sebenarnya bermula apabila pengurus saya yang minat sangat dengan Syed Saddiq.

“Dia selalu cerita pasal Syed Saddiq dan lepas itu saya ada DM (direct message) beliau untuk minta tolongnya buat video ucapan hari jadi.

“Tapi beliau beri saranan untuk kami berjumpa agar boleh berikan kejutan kepada pengurus saya dan sejak dari itu kami mula berkawan sehingga hari ini,” katanya.

Menurut aktres berusia 26 tahun itu, bukan niatnya untuk mencari publisiti murahan dengan memaparkan gambarnya bersama Syed Saddiq sebaliknya ia hanya bertujuan untuk mengucapkan tahniah di atas kemenangan rakannya itu.

“Saya muat naik gambar itu bukan untuk tarik perhatian siapa-siapa pun. Tapi lebih kepada ucapan tahniah dari seorang kawan. Saya pun secara peribadi ada beri mesej pada beliau di atas kemenangannya.

“Kalau scroll balik entri Instagram saya, ada beberapa gambar saya dengan Syed Saddiq tapi biasalah masa itu, orang tak berapa ambil kisah.

“Sekarang ini bila orang dah kenal beliau, tiba-tiba Emma pula yang dikata ‘lalang’,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 24 Nov 2022
Hiburan Mon, 30 Apr 2018

许佳麟获颁《娱协30》新人造势「最具人气奖」

为了让大家更了解和接近《娱协30》“新人推荐奖”候选人,娱协将于昨(29日)下午3时,在金河广场大厅举办《娱协30》新人10强造势活动。出席的新人包括Ribbon黄若熙、Alycia、Hanz郭文翰、车志立、Morris彭进成、李佩玲以及Danny许佳麟。

Hiburan Sun, 17 Dec 2023
Hiburan Mon, 7 Oct 2019
Kisah Viral Wed, 27 Dec 2023
Hiburan Tue, 28 Jan 2020
Hiburan Wed, 26 Jul 2023

Dilabel ‘Caprice Wannababe’ Gara-Gara Sering Ulas Isu Panas, Ini Respons Padu Azhar Sulaiman!

Jangan main-main eh, abang Azhar Sulaiman kita ni ‘trend setter’, bukan Caprice Wannababe!

Hiburan Wed, 7 Jan 2026

Fedtri Yahya Kesal Lirik Lagu Berunsur L*cah – “Perlu Ada Batasan Kerana Ia Mengaibkan”

Fedtri Yahya kecewa lirik lagu berunsur lucah dalam dangdut

Featured Mon, 11 Mar 2024

“Kelakarnya Minta Mak Bapak Ajar Anak Masih Bayi Berzikir”- Isu Acah bermain Drum Hiburkan Anak, Netizen Back Up Fuad Rahman

Ingat! Jangan terus nak judge orang. Belum tentu kita lebih baik dari orang yang kita nak judge tu😪

error: Content is protected !!