Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Maya Basir August 8, 2022 @ 3:12pm

“Kalau Saya Mungkin Akan Berhenti Dulu” – Siti Nurhaliza Akui Ning Baizura Kuat Semangat

Penyanyi terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui kotak suara seseorang penyanyi boleh terganggu jika membuat persembahan untuk empat hari berturut-turut.

Lebih-lebih lagi, jika seseorang penyanyi itu bermain dengan emosi, mungkin persembahan tidak dapat diteruskan kerana gagal mengawal perasaan.

Memetik laporan Utusan, Siti memberikan pandangannya tentang nyanyian Ning Baizura yang tular menyanyikan lagu Awan Yang Terpilu sehingga mendapat kecaman teruk netizen.

“Merujuk kepada apa yang tular melibatkan Kak Ning Baizura, sebagai seorang penyanyi kadang-kadang kita gunakan semua tenaga vokal. Untuk empat malam, saya akui ada waktu kotak suara akan terganggu. Tak mustahil perkara itu boleh berlaku.

“Kita sedia maklum, emosi Kak Ning malam itu cukup berat. Kalau saya sendiri, mungkin akan berhenti dan rileks dulu. Kak Ning teruskan persembahan, dia memang kuat semangat,” katanya.

Pada masa sama, rakan-rakan artis lain seperti Datuk Hattan, Ramlah Ram dan Datuk Ramli MS turut mempertahankan penyanyi bersuara soprano itu.

Tambah penyanyi lagu Bukan Cinta Biasa, dia sempat menitipkan pesanan buat rakan artis supaya tidak terlalu melayan kecaman segelintir netizen di media sosial.

“Sekarang teknologi makin canggih, kekurangan itu orang akan senang nampak. Mereka senang meletakkan sesuatu anggapan tanpa tahu kesusahan dan kesukaran seseorang. Nyanyi tiga hingga empat malam, bukan senang.

“Kak Ning rileks ya. Jangan layan sangat. Kita tahu apa yang kita usahakan,” katanya.

Sumber: Utusan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kes Mahkamah Mon, 18 Mar 2024
Figura Tue, 26 Mar 2024
Featured Mon, 22 Jun 2026

Catat Lebih 60,000 Video Ciptaan Di TikTok, Ammar Haikal Tampil Dengan Debut Single ‘Gila Bayang’

Peminat Kumpulan The Weeknd ini bersyukur apabila dia kini tampil dengan debut single terbaharunya, Gila Bayang.

Hiburan Sun, 5 Jan 2025
Hiburan Sun, 3 Jul 2022

Tiada Sengketa! Rizman Ruzaini Nafi Hubungan Persahabatan Dengan Nur Fazura Bermasalah

Ada yang mendakwa mereka kini bermasam muka… Betul ke?

Hiburan Wed, 29 Jan 2020
Trending Fri, 14 Feb 2020
Hiburan Wed, 12 Jun 2024
error: Content is protected !!