Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 5, 2025 @ 5:58pm

CSOIAM: Minggu 3 Makin Hangat… Ruffedge Jadi Pembuka Tirai, Aina Abdul Berduet Dengan Jimi & Ernie Zakri Bakal Buat Persembahan Penutup!

Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) terus mencetus fenomena dengan persembahan luar biasa yang memukau hati penonton di seluruh negara. Episod ketiga yang dinanti-nantikan menjanjikan malam yang penuh dengan kejutan, emosi, dan semangat muzik yang mendunia!

Malam ini, pentas CSOIAM bakal dihangatkan dengan persembahan pembukaan daripada kumpulan lagenda hip-hop dan R&B tanah air, Ruffedge.

Kumpulan ikonik ini, yang terkenal dengan harmonisasi vokal mereka, akan menghidupkan pentas dengan lagu-lagu popular mereka iaitu Tipah Tertipu, Lemas, dan Bila Rindu. Kemunculan mereka bakal membawa penonton mengimbau memori nostalgia sambil menikmati persembahan bertenaga yang akan menjadi pembuka tirai sempurna untuk episod kali ini!

Tidak cukup dengan itu, pemenang Terpaling Fizz episod kedua, Jimi, akan bergandingan bersama penyanyi tersohor, Aina Abdul, untuk mendendangkan lagu romantik Nafas Cinta. Kemunculan Aina Abdul, yang dikenali dengan vokal mantap dan aura pentasnya, dijangka menjadi perhatian ramai minggu ini. Gabungan suara dinamik Jimi dan Aina Abdul pasti meninggalkan impak mendalam kepada penonton dan juri. Jadi nantikan semua ini di episod ketiga CSOIAM!

Barisan juri tetap, Cakra Khan, Datuk Yusry Abdul Halim dan Ziana Zain akan kembali memberikan komen tajam dan bernas mereka. Namun, kehadiran Ernie Zakri sebagai juri jemputan untuk episod ini menjanjikan suasana yang lebih meriah! Ernie Zakri, yang terkenal dengan vokalnya yang mantap, akan turut membuat persembahan istimewa di penghujung rancangan dengan lagu popularnya, Aura. Pastikan anda tidak terlepas momen magis ini!

Episod ketiga Calpis Soda One In A Million menjanjikan malam yang penuh kejutan dan kenangan manis. Siapakah yang bakal menyerlah di pentas dan terus mara ke peringkat seterusnya? Jangan lupa saksikan!

Senarai Lagu Top 10 Peserta: Minggu Ketiga dengan Tema ‘Rasa Paling Indah’!

Minggu ketiga bakal disinari menerusi tema ‘Rasa Paling Indah’ dengan lagu-lagu yang menggembirakan, membahagiakan dan membawa keceriaan, serta menyentuh memori indah kita!

Adakah peserta Top 10 mampu menghadirkan X-factor yang ditunggu-tunggu? Dengan persaingan yang semakin sengit, hanya yang terbaik bakal menyerlah! Berikut adalah senarai lagu yang bakal dibawakan oleh peserta minggu ini:

  • Alya Mardien – Sah

  • Dayang Ku Iffah – Pencuri Hati

  • Eylia Guntabid – Bunga Kemboja

  • Hafiz Zainal – Senyuman Ragamu

  • Jimi & Aina Abdul – Nafas Cinta

  • Kai Dewa – Penglipur Lara

  • Marygrace – Memori Tercipta

  • Mariam – Bila Resah

  • Rezza Shah – Diari Seorang Lelaki

  • Zazleen – Wajah Rahsia Hati

Pastikan anda tidak terlepas menyaksikan persembahan penuh keceriaan minggu ini. Siapakah yang bakal terus mara ke minggu seterusnya? Nantikan kejutan di pentas ‘Rasa Paling Indah’!

Minggu ini menandakan minggu kedua undian rasmi untuk CSOIAM! Gabungan 60% markah daripada juri profesional dan 40% undian penonton akan menentukan keputusan setiap minggu, bermula episod kedua sehingga episod kelapan. Berikan impak sepenuhnya kepada peserta kegemaran anda, terdapat tiga cara mudah untuk anda peroleh undian:

Pengguna baharu kini berpeluang menikmati 10 undian percuma hanya dengan mendaftar di Tonton!

Pengguna Tonton sedia ada juga tidak akan ketinggalan, anda juga akan menerima tambahan 10 undian percuma setiap minggu secara automatik.

Kini anda boleh membeli produk Calpis di Shopee untuk menebus baucar eksklusif yang memberikan tambahan 50 undian bagi setiap pembelian produk Calpis.

Undian anda adalah kunci kepada kejayaan mereka. Jangan lepaskan peluang untuk menyokong peserta kegemaran anda dengan cara yang paling berkesan.

Jangan lupa mengikuti perjalanan peserta menerusi Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal! Bermula 26 Disember 2024 hingga 8 Februari 2025, setiap Khamis hingga Sabtu jam 9:00 malam. Sorotan eksklusif ini membawa anda menyelami dedikasi, cabaran, dan pencapaian peserta sepanjang pertandingan.

Saksikan Keajaiban Episod Ketiga Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) yang anda tidak mahu lepaskan! Siaran langsung bermula jam 9.00 malam di TV3 atau strim secara HD di Tonton. Jangan lupa ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk terus bersama kami dalam mencipta fenomena luar biasa ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 27 Sep 2022

Terpaling Juara: Akim Kecewa, Akui Aqeesh Mampu Ikut Jejak Stacy – “Dia Ada Bakat Luar Biasa”

Moga lepasni dapat tengok Aqeesh lagi beraksi kat pentas yang lebih besar🤞

Hiburan Wed, 24 Oct 2018

‘ Kalau Tak Buat Apa-Apa, Saya Boleh Lumpuh’, Elyana Jalani Rawatan Radioterapi

Elyana memberitahu keadaan kesihatannya tidak begitu mengizinkan sejak kebelakangan ini dan sukar tidur malam.

Hiburan Tue, 23 Sep 2025

“Ibu Bapa Saya Tak Halang Kalau Jodoh Saya Wanita Islam, Mereka Cuma Risau Bila….’ – Andy Teh

‘Mereka risau bila dah tiada macam mana saya nak sembah doa untuk ibu bapa’ – Andy Teh

Featured Sat, 4 Jun 2022

Kembali Bercinta Dengan Sharnaaz Ahmad? Ini Komen Shila Amzah – “Tiada Cara Untuk Menjalin…”

Moga lepas ni tiada lagi kisah yang diungkit mengenai hubungan cinta mereka.. Kita kena hormat permintaan mereka

Hiburan Sat, 24 Jan 2026

Saling Hangat Berbalas Kenyataan! Puteri Balqis Bertegas, Nafi Ibu Pernah Berkata Buruk Soal Janna Nick

Puteri Balqis tegaskan ibunya siang malam mencari rezeki, bukan bapa kandungnya

Hiburan Wed, 3 Aug 2022

“Saya Dambakan Wanita Berpurdah” – Noki K-Clique Mahu Perbetulkan Diri

Noki K-Clique mahu perbaiki diri dahulu, impikan wanita berpurdah sebagai teman hidup.

Trending Mon, 1 Mar 2021
Hiburan Mon, 26 Feb 2018

Fazley Yaakob Naik Angin!

Judul tersebut mendapat kecaman serta kritikan dari seorang penggiat seni kulinari melalui media sosial sehingga tular diperkatakan netizen khususnya di kalangan pencinta masakan.

Hiburan Thu, 12 Mar 2020
Hiburan Fri, 13 Jul 2018

Tahniah! Nelydia Senrose Bakal Berkahwin

Khabarnya, Nelydia Senrose bakal mendirikan rumah tangga dengan cinta hatinya, Hafiz… Betul ke?

error: Content is protected !!