Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 24, 2026 @ 5:03pm

Saling Hangat Berbalas Kenyataan! Puteri Balqis Bertegas, Nafi Ibu Pernah Berkata Buruk Soal Janna Nick

Kontroversi membabitkan pelakon, Puteri Balqis nampaknya semakin tegang apabila dia saling berbalas kenyataan bersama aktres, Janna Nick di media sisial.

Terkini, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish, 18, menepis dakwaan dibuat oleh Janna mengatakan ibunya, Norashikin didakwa memburukkan selebriti berusia 31 tahun itu.

“Untuk pengetahuan, bukan ibu saya yang menulis tentang anda. Saya dan ibu tahu tentang itu dan perkara itu ditulis oleh bekas suami dia yang mesej seorang selebriti secara peribadi beritahu tentang awak.

“Bukan dalam group, ibu saya tak ada dalam mana-mana group,” katanya.

Aqish turut memetik semula ayat ditulis Janna mengatakan dia tidak suka melihat aktres ini dipergunakan sewaktu kecil.

Jelas aktres drama rantaian Keluarga Itu ini, Aqish menegaskan ibunya bertungkus lumus bekerja siang dan malam mencari rezeki, bukan bapa kandunganya.

“‘And I don’t like to see the way you digunakan untuk cari rezeki, masa you kecil.’ Untuk pengetahuan, ibu saya bekerja siang dan malam.

“Dari uptown, ke pasar pagi, bawak ke pasar malam. Bukan bapa kandung. Dia tak pernah bekerja,” katanya.


Sebelum ini, perkongsian Janna di Instagram Story (IGs) miliknya menjadi sebutan ramai apabila dia secara lantang turut membidas kenyataan ibu Puteri Balqis.

Menurut Janna, ciapannya di Threads itu bersifat secara umum, dan tidak berpihak kepada MS (dipercayai Mia Sara).


Artikel Berkaitan: “Block Je Kalau Sakitkan Mental” – Perkongsian Janna Nick Undang Perhatian, Netizen Dakwa Tuju Kepada Puteri Balqis?

Artikel Berkaitan: Ibu Puteri Balqis ‘Buka Mulut’, Dakwa Janna Nick Tiada Empati – “Ini Bukan Neutral, Tapi Backhanded!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 28 Feb 2025

“Akiko Telah Pergi Meninggalkan Saya & Anak Selamanya” – Isteri Ridzuan Ridzokumura Meninggal Dunia

Berita duka itu dimaklumkan Ridzo menerusi hantaran di IG miliknya.

Trending Mon, 16 Apr 2018

Untuk Masa Depan, NASA Cari Planet Tampung Hidupan

Jadi untuk beberapa tahun akan datang, kita mungkin boleh berjalan dan menuding ke arah bintang yang memiliki planet. Ini adalah masa depan!

Hiburan Sun, 15 Oct 2023
Hiburan Tue, 30 Apr 2019

‘Kami Rasa Lebih Selamat’- NAMA

Kumpulan NAMA yang mencipta fenomena tersendiri selepas menjadi pilihan juri pada Asia’s Got Talent (AGT) lalu rasa lebih ‘selamat’ apabila masyarakat lebih mengenali NAMA berbanding secara individu. “Orang hanya kenal NAMA tapi bukan individu, kalau […]

Events Wed, 15 Jan 2020

林德荣自认NG王!与尹汇雰对戏「忍笑忍到内伤」

曾参与过无数演出的林德荣,自认在拍摄《作战啦!茶室总动员》是NG王,跟尹汇雰的对手戏更是 “忍笑忍到内伤!”

Hiburan Mon, 11 Sep 2023
Hiburan Fri, 6 Sep 2019

“I’m Retiring”, Nicki Minaj Decided to Put Everything to a Halt

Haters make you famous, they say. But why did Nicki Minaj suddenly announced her retirement.

Hiburan Wed, 13 Dec 2017

方逸华追思会 郑裕玲曾志伟等人现身

邵逸夫遗孀邵方逸华(六婶)上月22日病逝,享年83岁,其家人已于上月底为她举行过葬礼,昨天再在邵氏影城举行一场为时7小时的追思会。

error: Content is protected !!