Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 24, 2026 @ 10:44am

“Block Je Kalau Sakitkan Mental” – Perkongsian Janna Nick Undang Perhatian, Netizen Dakwa Tuju Kepada Puteri Balqis?

Pelakon dan penyanyi, Janna Nick mencuri perhatian apabila tampil berkongsi kata-kata nasihat yang dilihat seolah-olah ditujukan kepada aktres, Puteri Balqis, susulan isu yang sedang hangat diperkatakan melibatkan rakan industri, Mia Sara Nasuha.

Menerusi satu ciapan di platform Threads miliknya, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner menyentuh mengenai perasaan dendam yang disifatkan sebagai perkara paling tidak sihat untuk kesihatan mental seseorang.

“Sebenarnya, benda paling tak sihat untuk mental kita adalah dendam. Belajar untuk lepaskan dan biarkan Allah uruskan semuanya. Manusia datang dan pergi,” tulisnya.

Perkongsian itu dilihat selari dengan situasi yang sedang dihadapi aktres muda terbabit, apabila Janna turut mengingatkan setiap individu yang hadir dalam hidup membawa peranan berbeza, sama ada sebagai pemberi kebahagiaan, ujian atau pengajaran.

“Ada yang datang buat kita gembira, ada yang menyakitkan hati dan ada juga datang sebagai pengajaran. Percayalah, saya tahu ia tidak mudah. Tapi percayalah pada Allah, pasti ada balasan di akhirat nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Janna turut menekankan tidak semua orang mampu menerima kehadiran seseorang, dan perkara itu adalah lumrah dalam kehidupan.

“Kita bukan untuk semua orang. Ada yang suka kita, ada yang pelik dengan cara kita. Tapi kita pun sama juga, ada orang yang kita suka dan ada orang yang kita tak boleh masuk,” jelasnya.

Mengakhiri perkongsian, Janna berkata keutamaan diberikan kepada ketenangan diri dan kesihatan mental, termasuk berani menjauhkan diri daripada individu yang memberi kesan negatif.

“Kalau orang itu jahat dengan kita dan tidak baik untuk kesihatan mental, sekat sahaja,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 30 Apr 2025

“Dah Tak Larat Sangat…” – Beto Kusyairy Harap Ada Pelapis Baru Dalam Filem Aksi

Beto Kusyairy titip pesanan kepada barisan pelakon muda agar datang ke set awal

Hiburan Mon, 18 Dec 2023

Lagu Hasrat ‘Point Of View’ Arwah Bapa, Air Mata Amir Jahari Tumpah Selepas Diumum Layak Ke AJL38

Min pun mengalirkan air mata bila Amir nyanyi lagu Hasrat ni🥹😭

Featured Wed, 14 Dec 2022
Hiburan Sat, 10 Jan 2026
Hiburan Fri, 19 Apr 2019

#SetulusIkhlas : Semai Keikhlasan Sempena Ramadan Raya Tahun Ini Bersama TV3!

Semuanya yang terbaik dari kami di TV3 semepna sambutan Ramadan dan Syawal ini!

Hiburan Sun, 20 Jul 2025

Dakwaan ‘Penyondol’ Jejas Reputasi, Ganggu Kesihatan Mental… Alya Iman Buat Laporan Polis

Alya Iman nafi jadi punca keretakan rumah tangga Zizi Kirana & Yusuf Bahrin.

Selebriti Tue, 17 Oct 2023

“Ustaz Zaman Kini Ada Yang Aneh-Aneh” – Isu Akad Nikah Tak Sah, Fasha Sandha Pertahan Sabri Yunus, Angeline Tan

Diorang dah bernikah. Apahal kamu nak menuduh-nuduh pula ni – Fasha Sandha

error: Content is protected !!