Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin April 30, 2025 @ 9:00pm

“Dah Tak Larat Sangat…” – Beto Kusyairy Harap Ada Pelapis Baru Dalam Filem Aksi

Pelakon versatil, Beto Kusyairy akui semakin terbatas untuk terus membawakan watak lasak di layar perak kerana faktor usia.

Menyedari realiti itu, Beto berharap akan muncul lebih ramai pelapis baharu yang mampu mengisi ruang dalam genre filem aksi tempatan.

“Sekarang saya pun dah 45 tahun… Dah rasa tak larat nak buat aksi sangat. Jadi saya harap akan ada pelakon-pelakon muda yang boleh ambil alih. Itu satu perkembangan yang sangat bagus kalau kita ada,” katanya.

Beto berkata demikian ketika ditemui pada Malam Gala dan Tayangan Perdana filem Gayong di GSC Mid Valley, malam tadi.

Menurut Beto, antara wajah baharu yang dilihat ada potensi besar ialah Fad Anuar, anak saudara kepada pelakon lagenda Eman Manan.

Malah katanya, ramai lagi bakat muda sedang muncul menerusi projek-projek baharu.

“Kita ada Fad Anuar. Mungkin juga ada bakat-bakat lain dari generasi lebih muda, contohnya daripada produksi macam Kahar High Council.

“Tapi saya tetap harap, walau sehebat mana pun aksi atau silat yang dipersembahkan, asas lakonan tetap kena padu. Itu benda paling penting,” tegasnya.

Beto yang memegang watak utama dalam Gayong, sempat menitipkan pesanan kepada barisan pelakon muda agar datang ke set penggambaran dengan persediaan penuh, bukan untuk ‘belajar dari kosong’.

“Kalau boleh bersilat tu, memang satu bonus. Tapi bila dah masuk set, itu masa untuk deliver, bukan masa untuk belajar. Lakonan kena mantap dulu, barulah jadi pakej yang lengkap,” jelasnya.

Untuk info, Beto membawa watak sebagai Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman, pengasas seni bela diri Silat Gayong, dalam filem biopik berjudul Gayong.

Filem tersebut mengangkat kisah perjuangan Allahyarham ketika era penjajahan Jepun, termasuk babak menyelamatkan penduduk di Pasir Ria.

“Garis masa dan cerita yang dibawa memang berdasarkan sejarah sebenar. Kita cuma tambah sedikit elemen dramatik supaya lebih sesuai dengan bentuk filem.

“Tapi tak pernah sekalipun kami berniat nak merendahkan tokoh hebat ini atau keluarganya. Kami betul-betul nak angkat nama dan sumbangan Allahyarham,” ujar Beto yang sudah mengenali Silat Gayong sejak usia tujuh tahun.

Filem Gayong bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 8 Mei ini. Naskhah arahan Faisal Ishak ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Nabila Huda, Syafie Naswip, pelakon aksi terkenal Indonesia Yayan Ruhian dan aktor Thailand, Chevanon Phukaokaew.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 27 Nov 2019

Amyra Rosli Dilarang Berlakon?

Masa yang terbaik untuk Amyra jaga kesihatan dan baby dalam kandungan tu ok.

Featured Thu, 23 Oct 2025

“Dia Tak Pandang Harta & Sangat Rajin Cari Duit – Betty Rahmad ‘Backup’ Uqasha Senrose, Minta Netizen Jaga Lisan 

Konflik rumah tangga pasangan pelakon popular, Uqasha Senrose dan Kamal Adli masih menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.

Hiburan Mon, 23 Sep 2019

Senarai Pemenang ABPBH 32

Acara gilang-gemilang anugerah berprestij, Anugerah Bintang Popular Bintang Harian (ABPBH 32) yang berlangsung malam semalam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menyaksikan pelakon, Mira Filzah dinobatkan Bintang Paling Popular ABPBH 32 dengan jumlah undian sebanyak […]

Featured Wed, 15 May 2024
Cahaya Mata Fri, 12 Aug 2022

Puteri Sulung Ayie Floor 88 Pelengkap Kebahagiaan – “Belum Sedia Kongsi Wajah Anak Kerana…”

Alhamdulillah.. Bukan senang kan jadi bapa ni sangat mencabar lagi-lagi nak jaga baby tu.

Featured Wed, 15 Dec 2021

“Ibu & Anak Terpisah Selama Dua Tahun” – Sebak… Lama Tanggung Rindu, Anak Beranikan Diri Tegur Wanita Serupa Ibunya! Rupa-Rupanya….

Sedar atau tidak, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu telah mengajar kita erti rindu. Tidak dinafikan, ada antara kita sedang menanggung rindu apabila sudah sekian lama terpisah dengan keluarga dan tidak dapat bersua muka. Kisah menyayat […]

Trending Thu, 19 Apr 2018

Selepas 25 Tahun, Kumpulan KRU Akan Dibubarkan Bulan Depan. Girls! Jangan Nangis Ya

Kumpulan trio KRU akan dibubar bulan depan. Anda janganlah sedih.

error: Content is protected !!