Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 1, 2025 @ 4:03pm

Exists Gegar Semula Pentas & Carta! Konsert Premium di PJ & ‘Alasanmu 2025’ Bakal Cetus Gelombang Baharu

Kumpulan muzik ikonik tanah air, Exists tampil dengan dua kejutan besar buat para peminat mereka tahun ini iaitu sebuah konsert eksklusif berskala premium dan pelancaran semula single klasik ‘Alasanmu’ yang diberi nafas baharu.

Konsert premium serta rendisi segar ‘Alasanmu’ ini membuktikan kumpulan Exists masih terus relevan dan kekal bersemangat meneruskan perjalanan dalam dunia muzik tanah air.

Konsert Exists Premium Live @ PJ Jadi Pengalaman Mewah Untuk Peminat!

Setelah menjelajah pentas konsert sejak dua tahun kebelakangan ini, Exists bakal mengadakan sebuah persembahan istimewa bertajuk Exists Premium Live @ PJ pada 4 Oktober 2025 di JioSpace, Petaling Jaya.

Konsert yang dijadual bermula jam 8.30 malam ini menjanjikan pengalaman muzik yang lebih intim, eksklusif dan bertaraf premium buat peminat tegar Exists.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JioBuddy (@jiobuddy)

Menurut Sean Ng, wakil penganjur dari JioBuddy, konsert ini berbeza daripada persembahan Exists sebelum ini kerana memberi fokus kepada nilai produksi yang lebih tinggi dan pendekatan yang lebih peribadi.

“Secara logiknya, EXISTS akan memainkan lagu-lagu hit mereka seperti dalam kebanyakan persembahan lain. Tapi saya boleh beri jaminan, Exists Premium Live @ PJ akan tampil dengan mutu permainan muzik dan audio yang premium dan mereka yang hadir akan rasa perbezaannya,” katanya.

Tidak hanya dihiburkan dengan deretan lagu popular Exists, penonton juga bakal menerima barangan eksklusif khas dan berpeluang bergambar bersama anggota kumpulan yang menjadi satu ganjaran istimewa untuk 100 peminat bertuah.

Tiket konsert ditawarkan dalam tiga kategori iaitu Premium (RM588), VIP (RM488) dan Diamond (RM368). Pembelian tiket boleh dibuat menerusi laman web rasmi www.jiotix.asia atau melalui hotline khas +6011-1660 1122 (untuk peminat OKU).

‘Alasanmu’ Dihidupkan Semula Dalam Versi Lebih Emosional

Selain bersiap untuk konsert, Exists turut mengorak langkah dengan pelancaran semula lagu ‘Alasanmu’, salah satu karya klasik mereka yang dimuatkan dalam album Diammu Gunung Berapi lebih tiga dekad lalu.

Versi 2025 ini diterbitkan oleh Sony Music Malaysia dan menampilkan susunan muzik baharu, vokal yang lebih emosional serta naratif lebih peribadi.

Menurut Ezad Lazim, vokalis Exists yang menyertai kumpulan ini pada era kematangannya, lagu ini bukan sekadar tentang cinta, tetapi membawa makna lebih mendalam buat semua anggota Exists.

“Saya bukan masuk Exists untuk gantikan sesiapa. Saya masuk sebab saya sayangkan muzik dan percaya pada ‘chemistry’ di antara kami. Lagu Alasanmu ini memang ada kena mengena dengan kami, kami sendiri pernah rasa dikecewakan dan dikhianati,” katanya.

Along, gitaris utama Exists pula berkongsi lagu ini sebenarnya lahir dari peristiwa pahit yang pernah menimpa mereka.

“Dulu mungkin orang dengar lagu ini sebagai lagu cinta. Tapi sebenarnya Alasanmu lahir dari satu peristiwa yang sangat peribadi.

“Ia tentang kehilangan kepercayaan, tentang pengkhianatan dalam dunia yang sepatutnya profesional, tapi menjadi tempat luka,” katanya.

2.2 Bilion Strim Digital, Exists Terus Mencipta Sejarah!

Sebagai bukti betapa kuatnya pengaruh Exists dalam industri, katalog muzik mereka telah mencapai lebih 2.2 bilion strim digital di semua platform, termasuk lagu-lagu seperti Jesnita, Julia, Rahsia Pohon Cemara, Untukmu Ibu dan pastinya, Alasanmu. Capaian ini menjadikan Exists antara kumpulan rock tempatan paling banyak distrim di era moden.

Menariknya, lagu Alasanmu juga pernah digunakan secara tidak rasmi dalam kempen politik kerana liriknya yang menyentuh tentang perjuangan dan pengkhianatan, menunjukkan betapa mendalam impaknya terhadap pelbagai lapisan masyarakat.

Kini, versi baharu Alasanmu boleh dinikmati di semua platform digital termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube Music.

Konsert Exists Premium Live @ PJ akan berlangsung pada 4 Oktober 2025 di JioSpace, Petaling Jaya bermula jam 8.30 malam. Tiket boleh didapati dalam kategori Premium (RM588), VIP (RM488) dan Diamond (RM368) menerusi www.jiotix.asia. Untuk peminat OKU, pembelian boleh dibuat melalui hotline khas +6011-1660 1122. Lagu “Alasanmu (Versi 2025)” pula sudah tersedia untuk distrim di semua platform digital utama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 9 Jan 2019

Azlan Typewriter Optimis Bawa Produk Minuman Ke Peringkat Antarabangsa

Terbukti power minuman ni, Good Luck untuk Lan & pasukan Turbo 3!

Trending Tue, 13 Nov 2018

蔬果「拟人化」后的爆笑日常!

日本超人气插画家「keigo」又绘出一系列的蔬果人,用可爱、逗趣的画风来勉励大家:做人其实很幸福好吗!

Hiburan Thu, 1 Nov 2018

Black Kongsi Nama Anak Melalui Video Pendek

Cahaya mata keduanya itu dilahirkan dengan berat 2.88kg diberi nama Rindu Dayyana

Hiburan Fri, 24 May 2024
Hiburan Tue, 7 Oct 2025

Belum Hamil, Janna Nick Dedah Wajah Sembab & Badan Naik Akibat Jalani Dua Rawatan Dapatkan Zuriat

Janna Nick perjelas badan naik dan wajah sembab sebab cucuk hormon kehamilan

Trending Tue, 26 Dec 2017

Bunuh Majikan Kerana Tak Luluskan Cuti

Menikam majikannya sehingga mati selepas tidak meluluskan permohonan cutinya, seorang juruteknik Pakistan dihadapkan ke mahkamah Dubai.

Trending Tue, 17 Sep 2019
Trending Wed, 28 Aug 2019

Gempa Bumi Rantau Kepulauan Sandwich Selatan

Jangan risau setakat ini tiada ancaman tsunami ye

error: Content is protected !!