Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 5, 2026 @ 10:15am

Janna Nick Tempelak Netizen Komen ‘Jangan Terlalu Berharap Soal Zuriat’ – “Kenapa Manusia Suka Jadi ‘Joy Killer?’

Pelakon dan pengacara, Janna Nick meluahkan rasa berang apabila mendakwa ada segelintir netizen yang menegurnya untuk tidak terlalu berharap soal zuriat.

Menerusi perkongsian di Threads miliknya, Janna atau nama lengkapnya, Nurul Janna Muner, 31, mempersoalkan sama ada salah dirinya setiap hari berdoa mahu memiliki cahaya mata.

“Apa masalahnya kalau orang cakap nak anak setiap hari pun? Sibuk saja nak komen ‘oh jangan mengharap sangat, nanti lagi tak dapat’.

”Suka hatilah, kalau aku nak post 560 kali sehari pun pasal nak anak. Kenapa manusia sekarang suka jadi ‘joy killer’ eh?

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Dini Schatzmann ini menegaskan dia tidak mahu mendengar pandangan orang luar yang dianggap tiada kepentingan itu.

“Aku manifest saja, bukan complaint. Sibuk nak bagi pendapat kau yang tak penting tu. I don’t want to know!,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi sokongan kepada Janna dan menasihatinya agar mengabaikan kritikan sedemikian.

Artikel Berkaitan: Belum Hamil, Janna Nick Dedah Wajah Sembab & Badan Naik Akibat Jalani Dua Rawatan Dapatkan Zuriat

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 27 Oct 2020
Trending Wed, 1 Jul 2020
Featured Fri, 25 Feb 2022
Hiburan Tue, 9 Sep 2025
Hiburan Fri, 8 Mar 2019
Hiburan Wed, 15 Oct 2025

Putera Mateen Umum Khabar Gembira, Dayang Anisha Rosnah Kini Hamil Anak Pertama

Putera Mateen. Dayang Anisha bakal timang anak pertama

Hiburan Tue, 30 Jul 2019

Fasha Sandha rujuk ‘Angelina Jolie’ ?

Menjiwai watak seorang ahli sihir.

error: Content is protected !!