Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain July 6, 2022 @ 5:32pm

Rupanya Pemuda Kacak Ini Anggota Kumpulan Nasyid… Jom Kenali Naufal Azrin, Penyanyi Lagu Casablanca!

Selepas single Casablanca duet bersama Nuha Bahrin menjadi siulan harian warganet, penyanyi baharu, Naufal Azrin mengakui sedang membiasakan diri bergerak secara solo.

Sebelum ini, Naufal atau nama sebenarnya Ahmad Naufal Azrin, 23, merupakan salah seorang ahli kumpulan nasyid yang bernama Zayne yang telah ditubuhkan pada 2019.

Menurut Naufal, dia perlu lebih kental dan berani untuk bergerak secara solo dan mahu mencuba yang terbaik untuk mengembangkan bakatnya dalam bidang nyanyian.

“Alhamdulillah syukur. Sebelum ni saya bergerak secara berkumpulan, sekarang sedang biasakan diri untuk bergerak secara solo.

“Tidak dinafikan bergerak secara solo perlu lebih kental dan berani. Insya-Allah saya akan cuba buat yang terbaik untuk mengharumkan nama Malaysia dengan bakat yang saya ada,” katanya ketika dihubungi XTRA.

Selain itu, Naufal turut mendedahkan kumpulan nasyid itu mempunyai perancangan untuk membawa haluan masing-masing.

“Buat masa sekarang ni hanya aktif pada beberapa persembahan yang tertentu sahaja. Kami ada juga perancangan untuk membawa haluan masing-masing,” katanya.

Naufal juga meluahkan rasa syukur dan teruja apabila lagu tersebut mendapat penerimaan ramai dan telah melepasi 1 juta tontonan di YouTube.

“Alhamdulillah syukur, kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Saya sangat tak sangka Casablanca mampu untuk mencapai pencapaian sebegitu dalam masa yang singkat.

“Di TikTok juga ramai yang gunakan sound Casablanca untuk content mereka. Terus terang saya sangat gembira, kalau nak dizahirkan happy ni, saya nak jerit pada orang ramai untuk dengar lagu Casablanca ni,” jelasnya.

Naufal juga sempat meluahkan hasratnya untuk mengeluarkan single solo dan mencuba pelbagai genre baru jika diberi peluang.

“Insya-Allah kalau diberi peluang dan kudrat mungkin saya juga akan mengeluarkan single solo.

“Mungkin genre seperti ini akan dikekalkan. Saya juga tidak keberatan untuk mencuba benda baru,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 19 Aug 2019
Featured Mon, 12 Sep 2022

Terpaling Juara: Ifa Raziah Tersingkir, Hazami Bangkit Rangkul RM5,000… Ini Recap Konsert Keempat!

Ifa Raziah peserta pertama tersingkir di minggu keempat. Tak sabar konsert kelima dimana semua peserta akan bawa lagu luar daripada genre mereka! #TerpalingJuara #Playlist AJL

Trending Thu, 9 Jul 2020

BSH Fasa Ke-3: Syarat Kemaskini Permohonan Baru

Buat pemohon BSH Fasa ketiga!

Events Thu, 4 Apr 2019

Here’s Where You Can Purchase Tickets to Westlife’s Tour Stop in Kuala Lumpur

They’re coming in August and people have been raving about it!

Hiburan Wed, 16 Jan 2019

Sufian Suhaimi Pecah Rekod Artis Malaysia?

Wow! Mampukah Sufian Suhaimi mencipta sejarah dalam #AJL33 nanti? Sama-sama kita tunggu

Hiburan Fri, 4 Jul 2025
error: Content is protected !!