Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 24, 2026 @ 11:31am

Ibu Puteri Balqis ‘Buka Mulut’, Dakwa Janna Nick Tiada Empati – “Ini Bukan Neutral, Tapi Backhanded!”

Ibu kepada pelakon, Puteri Balqis, Norashikin Mohd Aziz tampil lantang meluahkan rasa kecewa terhadap ciapan yang dimuat naik aktres terkenal, Janna Nick, di platform Threads yang didakwa bersifat ‘backhanded’ dan tidak neutral seperti digambarkan.

Menurut Norashikin, kenyataan yang menggesa supaya ‘blok sahaja’ individu tertentu bukan sahaja gagal menunjukkan empati, malah disifatkan sebagai menekan pihaknya yang sedang berdepan isu sensitif melibatkan anaknya.

“Saya ibu Puteri. Awak tak perlu letak hal kami di threads dan berpura neutral. ;Block je lah dia’. Tanda seru tu pun dah menunjukkan awak berpihak pada siapa.

“Awak baru kena sikit pun dah melalak, sampai junjung Al-Quran. Nak ambil tahu boleh, tapi ayat-ayat awak lebih kepada menekan kami. Kami tak pernah tunggang isu awak,” katanya.

Norashikin turut mempersoalkan pendirian selektif Janna yang didakwa lantang bersuara dalam isu tertentu, namun memilih untuk berdiam diri apabila membabitkan kes buli atau fitnah melibatkan pihak yang rapat dengannya.

“Kalau betul jaga mental health, kenapa ayat sama tak diberi kepada pembuli dari kalangan artis yang awak suka atau peminat awak sendiri? Jawapannya tidak, sebab awak perlu jaga hati mereka,” katanya.

Tambahnya, kenyataan sedemikian seolah-olah meremehkan penderitaan yang dialami Puteri Balqis dan keluarganya, malah mendakwa tiada langsung ayat sokongan atau kata-kata semangat diberikan.

“Seolah-olah apa yang berlaku pada kami ini perkara kecil. Hinaan, aib dan cerita kami dibogelkan secara terbuka, disebut nama, tetapi semuanya dipandang sepi,” katanya dengan nada kecewa.

Dalam masa sama, Norashikin membandingkan pendekatan Janna dengan tindakan aktres Sweet Qismina, yang menurutnya menunjukkan keikhlasan sebenar apabila menghubungi Puteri Balqis secara peribadi.

“Dia DM anak saya dan beri semangat. Saya sangat hormat caranya. Dia tegas dan lantang, tetapi bersebab. Dia tidak berpura-pura baik, dia memang baik,” katanya.

Norashikin turut mendakwa Janna sering ‘menunggang isu’ dan lantang tanpa hala tuju jelas, namun gagal menunjukkan keberanian yang sama terhadap pembuli atau pemfitnah yang menjadi punca sebenar penderitaan anaknya.

“Kalau betul savage, mana suara awak terhadap pembuli? Tiba-tiba diam. Tuhan akan balas? Itu saja?” katanya.

Nama Janna Nick menjadi perhatian selepas aktres itu memuat naik ciapan di Threads yang dipercayai ditujukan kepada Puteri Balqis susulan konflik melibatkan pelakon berkenaan dengan rakan industri, Mia Sara Nasuha.

Artikel Berkaitan: “Block Je Kalau Sakitkan Mental” – Perkongsian Janna Nick Undang Perhatian, Netizen Dakwa Tuju Kepada Puteri Balqis?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 26 Dec 2025
Featured Tue, 14 Jan 2025

Sharnaaz Ahmad Kongsi Momen Manis, 40 Tahun Pasang ‘Impian’ Miliki Motor Berkuasa Besar

Sharnaaz kini berjaya memiliki moto berkuasa besar jenis CVO Road Glide ST.

Featured Mon, 22 Aug 2022

[VIDEO] Lucu! Jebat Jayden Kantoikan Sharnaaz Ahmad Ada Girlfriend

Alahai comelnya! Spontan je dia jawab baba dia.

Hiburan Wed, 8 Jan 2025
Hiburan Fri, 2 Feb 2024
Featured Wed, 1 Apr 2026

Komen Emoji Hati Terhadap Aktres Indonesia Jadi Bualan, Remy Ishak Komen: “Isteri Saya Tahu Semua”

Pelakon Datuk Remy Ishak tampil menjelaskan tindakannya meninggalkan emoji mata berbentuk hati pada hantaran aktres Indonesia, Aghniny Haque yang sebelum ini menjadi perhatian ramai.

Hiburan Fri, 5 Jan 2024
Hiburan Thu, 8 Jun 2023
Hiburan Wed, 27 Nov 2019
error: Content is protected !!