Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 24, 2026 @ 10:17am

Bapa Tiri Puteri Balqis Naik Angin, Dakwa Mia Sara Terlibat Gejala Sosial – “Sebab Mulut Kau, Aku Hampir Hilang Nyawa Isteri!”

Bapa tiri kepada pelakon, Puteri Balqis sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil lantang mempertahankan maruah keluarganya susulan isu lama yang kembali diperkatakan.

Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story (IGs), lelaki yang dikenali sebagai @volkov_kafziel itu meluahkan kemarahan terhadap pelakon, Mia Sara Nasuha selain mendakwa dia terbabit dengan masalah gejala sosial.

“Waktu kau sedap mabuk, hisap dadah, main dgn macam-macam jantan, isteri aku tanggung derita sebab mulut-mulut macam kau.

“Kau mmg sial la betina. Aku hampir hilang nyawa isteri aku sebab mulut-mulut macam kau. Sampai mati aku tak maafkan kau.

“Isteri aku 100% clean la. Kau buat manusia yang tak bersalah nampak jahat kat mata manusia. Betul-betul kau buat family kami nampak jahat dan nampak kau baik.

Bapa tiri Puteri Balqis mendakwa keluarganya menanggung tekanan bertahun-tahun akibat tohmahan dan persepsi negatif yang dilemparkan, sekali gus memberi kesan besar kepada isteri serta anaknya.

“Bertahun kami diam dengan apa yang berlaku di belakang kamera. Walaupun anak saya bermusuh dengannya, satu ayat pun tak keluar daripada mulut isteri dan anak saya tentang siapa kau sebenarnya,” tulisnya.

Menurutnya, keluarga mereka didakwa dipandang serong oleh masyarakat gara-gara cerita yang disebarkan, sehingga menjejaskan reputasi isterinya serta Puteri Balqis sendiri.

“Orang percaya isteri saya bermasalah. Orang percaya anak saya kaki gaduh. Hakikatnya, yang buka siapa kau sebenar bukan kami, tapi rakan-rakan-rakan kau sendiri,” katanya lagi.

Dalam masa sama, bapa tiri Puteri Balqis itu menegaskan isterinya tidak pernah terlibat dengan sebarang salah laku, malah mendakwa pihaknya hampir kehilangan insan tersayang akibat tekanan yang dialami.

Isu berkenaan kembali hangat selepas sebelum ini Puteri Balqis atau lebih dikenali sebagai Aqish mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa buli ketika kecil, selain mendakwa difitnah serta diperangkap sehingga melibatkan keluarganya.

Setakat ini, tiada kenyataan balas rasmi dikeluarkan oleh Mia Sara Nasuha berhubung dakwaan tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 17 Jul 2025
Hiburan Thu, 6 Jan 2022

Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Artis Ternama Negara China Rakam Lagu Ciptaan Faizal Tahir

Satu pencapaian membanggakan buat karya tempatan apabila lagu X Missing You hasil ciptaan Faizal Tahir, Ja’a, Mage, Mike Chan, Tuju dan Yonnyboii diadaptasi dalam versi antarabangsa nyanyian penyanyi terkenal dari China dan Hong Kong iaitu […]

Hiburan Mon, 18 Mar 2019
Hiburan Mon, 24 Jun 2019

‘Terima Kasih Allah Pinjamkan Jefri Kepada Kami Untuk 35 Tahun’- Ucapan Afdlin Shauki Buat Netizen Sebak

Semoga Allah menjaga roh mu dan roh mummy dan menempatkan kamu berdua bersama roh-roh orang yang beriman. Jaga mak dik…

Featured Mon, 11 Sep 2023
Hiburan Wed, 8 Apr 2026

“Pilih Kata-Kata Dengan Penuh Berhati-Hati Kerana Ia Mencerminkan Niat Sebenar” – Nur Fazura

Nur Fazura mengingatkan orang ramai supaya lebih berhemah ketika menyuarakan pandangan.

Hiburan Wed, 1 Apr 2026

Abby Abadi Bidas Kenyataan Umisya Mazlan, Mohon Jangan Berlebihan Mereka Cerita – “Memang Salah Anak Saya Tapi…”

Abby Abadi tampil membidas kenyataan madu kepada anak perempuannya, Marissa Dania iaitu Umisya Mazlan yang didakwa hanya menokok-nambah cerita. 

error: Content is protected !!