Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 8, 2026 @ 7:31am

“Pilih Kata-Kata Dengan Penuh Berhati-Hati Kerana Ia Mencerminkan Niat Sebenar” – Nur Fazura

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura mengingatkan orang ramai supaya lebih berhemah ketika menyuarakan pandangan, khususnya di media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads, Fazura menegaskan setiap individu berhak mempunyai pendapat sendiri dan dia menerima perbezaan tersebut dengan hati terbuka.

“Selamat pagi semua. Kita memang ada hak untuk berpendapat dan saya hormati perkara itu. Tapi dalam masa sama, pilihlah kata-kata dengan penuh berhati-hati kerana ia mencerminkan niat sebenar kita,” kongsinya.

Tambah pelakon filem Dendam Pontianak itu, dia sudah lama memerhati bagaimana kata-kata yang dilontarkan secara terbuka boleh memberi kesan kepada orang lain.

Dalam masa sama, Fazura menegaskan sikap tidak ambil peduli atau kononnya sekadar memberi pandangan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menyakiti hati sesiapa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tolong Palau, Block & Jangan Beri Mereka Perhatian” – Fazura Minta Peminat Jangan Layan Provokasi

Sehubungan itu, Fazura menyeru masyarakat agar lebih mengutamakan nilai kebaikan dan adab dalam setiap komunikasi, terutama dalam ruang digital yang mudah disalah guna.

“Kalau kita cakap sesuatu hanya berdasarkan sangkaan dan niatnya untuk melukakan orang lain, kesannya memang tak baik. Lama-lama boleh rosakkan hubungan dan persahabatan.

“Tolong, pilih untuk jadi baik,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan Kah Seharusnya Sudah Selesai Semua Hal Kamu Terhadap Ku?” – Hantaran Fazura Cetus Spekulasi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 18 Jan 2019
Hiburan Sat, 18 Nov 2017

TIAP KALI NAK BUAT SOLO JE, SANGKUT – TAM SPIDER

“Saya nak ulang balik kejayaan dulu bukannya susah tapi sekarang saya faham ada ramai pendatang-pendatang baru dalam industri muzik jadi saya kena sokong mereka”.

Featured Thu, 7 Sep 2023
Hiburan Wed, 29 Apr 2026

Trisha Ooi Masuk Gelanggang! All Star Championship: Dubai Edition Satukan Influencer 7 Negara Dalam Pertarungan Tinju Pertama Seumpamanya

Trisha Ooi merupakan antara selebriti & pempengaruh media sosial dari tujuh negara yang bakal menyertai All Star Championship: Dubai Edition di Round 10 Boxing Club, Dubai.

Trending Mon, 20 May 2024
Featured Thu, 17 Nov 2022
error: Content is protected !!