Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 23, 2026 @ 1:44pm

“Dulu Kau Kutuk Mak Dia Tak Didik Anak, Ni Gelabah Nangis Depan Kamera Tak Dapat Offer Berlakon”- Ayah Tiri Puteri Balqis

Ayah tiri kepada pelakon Puteri Balqis, tampil meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seorang individu yang didakwa bersikap manipulatif dan berniat menjatuhkan anak tirinya serta ibu Puteri Balqis di belakang kamera.

Menerusi satu hantaran di media sosial, bapa Puteri Balqis yang dikenali sebagai @volkov_kafziel mendakwa, individu terbabit sebelum ini pernah bersikap hipokrit dengan menunjukkan simpati secara terbuka, namun pada masa sama didakwa menyokong komen-komen negatif terhadap aktres itu dan ibunya di media sosial.

“Aku sentiasa ingat kak, apa dia orang buat dekat kau dan mak kau belakang camera. Teruskan usaha kak.

“Permainan mereka sangatlah manipulative @morosechild. Itulah dulu kau kutuk mak aqish tak didik anak. Kau ‘like’ semua komen yang kutuk Aqish dan mak dia. Kau take team dengan seekor lagi jatuhkan aqish. Aqish banyak diam.

“Dalam pada kononnya kau kesian dgn aqish, kau ‘like’ semua komen yang kutuk Aqish dan mak dia dalam media sosial kau,” katanya.

Malah, bapa tiri Aqish berkata, individu tersebut turut menyentuh isu melibatkan pelakon Zalif Sidek yang didakwa pernah dihina secara fizikal, namun tetap profesional dan terus menerima tawaran kerja walaupun tidak pernah bergandingan dalam mana-mana projek lakonan.

“Zalif sidek kau hina dia gemuk. Dia pun tak hingin nak belakon dengan kau dah.

“Walhal Zalif Sidek tu punya lah baik dengan Aqish walapun tak penah berlakon sama. Still ada job walaupun gemuk.

“Gelabah kau minah. Tak dapat offer berlakon je pun. Tak payah gelabah sangat nak nangis-nangis depan camera. Fake bitch,” tambahnya.

Dalam pada itu, Aqish turut memuat naik semua hantaran tersebut di Instagram Story miliknya beserta ucapan terima kasih terhadap pengorbanan bapa tirinya.

“Aku ingat waktu kami dijatuhkan, terima kasih Apak terus berjuang. Perit kita simpan,” luahnya.

Pada Khamis, Puteri Balqis mengejutkan ramai pihak apabila tampil melondehkan sikap sebenar pelakon Mia Sara Nasuha yang didakwa pernah menyebarkan fitnah dan memerangkapnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Kami Diam Bertahun, Kau Ingat Aku Lupa?” – Puteri Balqis Akhirnya Bersuara, Dakwa Difitnah & Diperangkap Mia Sara

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Sat, 17 Aug 2019
Trending Wed, 1 Jun 2022

Mesin Air Mineral Beroperasi Tanpa Lesen Dipenuhi Najis Cicak Dan Serangga

Tahap kebersihan mesin air mineral sangat teruk sehingga terdapat najis cicak dan serangga.

Hiburan Sat, 7 Apr 2018

Hadiah Misteri Buat Nora Danish Selepas Berpantang

Orang kata reward selepas berpantang untuk Nora.

Hiburan Thu, 16 Jan 2025

Nash, Zamani, Ameng & Jatt Ali Bergabung Dalam Konsert Hitster Vol 1 – Otai Sangat Menyengat

Konsert ini bakal diadakan pada 1 Februari 2025 di The Star Theatre, Singapura bermula pukul 8 malam.

Hiburan Mon, 25 Mar 2024
Hiburan Fri, 19 Jan 2018

Tempoh Sebulan Jantina Sebenar Akan DiKetahui

Buat anda semua yang tertanya-tanya, dalam tempoh sebulan JAKIM bakal memberi jawapan ye

Trending Fri, 13 Sep 2019

This American Company is Willing to Pay You $1000 Just For Drinking Coffee for a Month

Caffeine addicts and coffee churches, this might be your time!

Hiburan Mon, 1 Apr 2019
error: Content is protected !!