Euforia Bola 2026
Figura By: Khairil Khusyairi March 26, 2024 @ 3:27pm

Safee Sali, Isteri Sah Cerai Talak Dua

Kemelut rumah tangga bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali dan isterinya berakhir apabila sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, hari ini.

Menurut laporan Kosmo, pengesahan lafaz cerai itu diputuskan oleh Hakim Syarie Mohd. Fakhrurrazi Mahammad dalam prosiding selepas meneliti keterangan kedua-dua pihak.

Fitria Elfina Maharip , 44, selaku plaintif berkata, dia menerima dua lafaz cerai menerusi pesanan suara yang dihantar Safee, 40, menerusi aplikasi WhatsApp pada 11 Februari lalu.

“Pesanan secara berasingan itu dihantar ke telefon bimbit anak kami kerana telefon saya sudah dirampas.

“Lafaz itu adalah ‘saya lepaskan awak dan saya ceraikan awak’ dan ‘sekali lagi saya ikhlas saya ceraikan awak’. Pada waktu itu, saya dalam keadaan suci dan tidak mengandung,” katanya pada prosiding itu.

Sementara itu, Safee memaklumkan dirinya dengan niat jelas dan terang hati melafazkan cerai berkenaan sebelum ini.

“Saya ketika itu dalam keadaan tenang dan berfikiran waras tanpa dipengaruhi oleh sesiapa yang memaksa melafazkan talak berkenaan.

“Kata-kata perceraian itu dibuat lebih daripada sekali supaya ‘terang’ dan saya turut menghantar pesanan suara itu kepada abang ipar yang juga wali bekas isteri,” katanya.

Mohd. Fakhrurrazi dalam penghakimanya berkata, mahkamah mengesahkan penceraian itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

“Dua lafaz talak yang dibuat defendan pada pukul 12.57 tengah hari dan 1.01 petang di luar mahkamah sebelum ini adalah sah,” katanya.

Safee selaku defendan diwakili peguam Syarie, Ahmad Nazib Johari manakala peguam Syarie, Fauzan Ziman Hassan mewakili Fitria Elfina.

Sebutan semula kes tuntutan nusyuz oleh Safee sebelum ini ditetapkan pada 30 April depan dalam mahkamah berasingan.

Terdahulu, Fitria Elfina turut memfailkan tuntutan hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dan mendedahkan sudah lebih sebulan tidak menemui dua anak selepas diambil Safee ketika ketiadaannya di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Kahwin Baru Secara Sembunyi Di Siam 26 Januari Lalu” – Diceraikan Melalui Voice Note, Serik Mental Didera.. Isteri Safee Sali Dakwa Dilayan Seperti Sampah

ARTIKEL BERKAITAN: Rindukan Anak, Isteri Dakwa Safee Sali Bawa Keluar Dua Anak Sejak Februari

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 30 Aug 2023

Sambutan Penuh Harmoni Dengan Gema KEPCI Music Fest di Shah Alam Sempena Jubli Emas KFC.

Bandar raya Shah Alam meriah bergema dengan simfoni muzik, kegembiraan dan sajian yang menyelerakan apabila KEPCI Music Fest yang dinanti-nantikan telah mempamerkan kejayaannya di Stadium Melawati pada hari Sabtu lalu. Sempena sambutan 50 tahun KFC […]

Hiburan Fri, 9 Mar 2018

SRK Tak Suka Bahasa Hindi?

Walaupun Hindi bahasa pertuturannya namun subjek itu yang paling tidak disukainya sehingga memaksa ibunya, Lateef Fatima, membuat ‘perjanjian’.

Hiburan Sun, 4 Jun 2023
Hiburan Mon, 10 Jul 2023
Hiburan Mon, 6 Oct 2025
Featured Tue, 3 Jan 2023
Hiburan Sat, 7 Apr 2018

Hadiah Misteri Buat Nora Danish Selepas Berpantang

Orang kata reward selepas berpantang untuk Nora.

error: Content is protected !!