Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir July 24, 2023 @ 3:13pm

Wajah Hafiz Hamidun Diburu Di Indonesia, Wanita-Wanita Tuntut Janji Nak Kahwin – “Bukan Seorang, Sehari Ada 15, 16 Orang…”

Penyanyi Hafiz Hamidun mendedahkan dirinya diburu di Indonesia gara-gara ada individu yang menggunakan wajahnya untuk aktiviti penipuan.

Memetik laporan Melodi, dia mengatakan sudah ramai mangsa yang tertipu dengan janji-janji manis ‘scammer’ tersebut.

“Saya ada mendapat report, ramai wanita-wanita di Indonesia ditipu oleh muka saya. Saya suspect scammer yang pakai muka, video saya malah gambar bersama anak saya.

“Video-video di Instagram saya mereka ambil seolah-olah saya sedang WhatsApp dengan wanita-wanita itu minta duit, janji nak kahwin dan ada yang menuntut bila nak kahwin.

“Bukan seorang, sehari ada 15, 16 orang yang akan report balik bila mereka dah kena tipu, baru mereka search rupanya gambar tersebut adalah Hafiz Hamidun,” ujarnya.

Dedahnya, beribu akaun sudah dicipta bagi kegiatan penipuan tersebut namun Hafiz mengambil pendekatan untuk menghubungi para wartawan di negara itu untuk menguar-uarkan mengenai kes tersebut.

“Sebenarnya saya dah wanted dah dekat Indonesia. Saya tak nak layan pun isu ni kalau satu dua akaun yang guna gambar saya sebab tak boleh nak kawal pun.

“Tapi kalau sehari dah terlalu banyak, beribu akaun dah disiapkan untuk scam orang. Saya harap saya dapat settle kan benda ni cepat. Saya tak larat nak melayan berita-berita macam ni.

“Progressnya saya dah bertanyakan kepada kawan-kawan wartawan dari Indonesia, saya minta mereka share jangan tertipu dengan akaun-akaun yang menggunakan gambar saya,” jelasnya.

Namun, pelantun lagu Inni Tawakkaltu merasakan ada hikmah perkara tersebut berlaku kerana dia semakin dikenali dan mempunyai peminat di Indonesia.

“Tapi saya rasa mungkin ada hikmah disebalik itu, mereka mula mencari tahu pasal saya dan ramai peminat-peminat dari Indonesia.

“Lepas ini saya akan aktif lagi untuk make sure benda ni tak akan jadi kes yang lebih serius. Saya tak nak muka saya elok-elok datang sana nak bercuti dekat Jakarta, kena langgar pula,” katanya.

Sementara itu, Hafiz terkilan gambar keluarga bersama anaknya digunakan dan menegaskan untuk berhenti menggunakan gambarnya untuk aktiviti penipuan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 18 Feb 2021
Featured Thu, 11 May 2023

[VIDEO] Comelnya! Gelagat Anak Emma Maembong Mengigau ‘Coco Train’ Buat Ramai Geram

Alahai comel sangat ni! tak boleh bawak bincang.🤣🤣🤣

Featured Tue, 13 Sep 2022

Terpaling Juara: Didakwa Sengaja Ubah Lirik Jadi ‘Hiasan Sanggul’, Shaz Akui Gementar Bawa Lagu Siti Nurhaliza

Kalau saya memilih untuk menghentikan persembahan atau berdiam diri, saya akan hancurkan hati sendiri dan kapten – Shaz Terpaling Juara

Hiburan Mon, 25 Nov 2019

Tiara Tertekan, Harap Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL 2020) Dapat Sambutan

Pernah menonton pementasan PGL yang dahulu…set dan lakonan sangat mantap!

Featured Sun, 24 Apr 2022
Hiburan Sat, 28 Jun 2025
Featured Mon, 28 Mar 2022

Kritik Penampilan Isteri, Will Smith Tempeleng Muka Chris Rocks di Pentas Oscars

Fuh, itu sebabnya bergurau jangan lebih-lebih kan dah mendapat..

Hiburan Fri, 20 Jul 2018
error: Content is protected !!