Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 21, 2024 @ 3:53pm

[VIDEO] Teruk Dikecam, Ameera Khan ‘Backup’ Jefri Nichol – “Saya Sentiasa Doakan Dia Berubah”

Pempengaruh dan model jelita, Ameera Khan tampil mempertahankan rakan selebriti Indonesia, Jefri Nichol yang teruk dikecam netizen.

Menerusi siaran langsung di TikTok, Ameera menegur tindakan netizen yang mengkritik Jefri sebagai seorang lelaki ‘red flag’.

“Jangan jahat sangat dengan orang, boleh tak? Jangan judge orang cepat sangat. Kalau saya di tempat dia (Jefri), saya akan sedih sangat.

“Kesian dekat dia sebab dia baik sangat. Saya dah mengenali dan lama berkawan dengan dia,” katanya.

Adik kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa itu berpendapat bahawa media sosial tidak menggambarkan keperibadian sebenar seseorang.

“Semua orang melalui perjalanan berbeza, jadi siapa kita sebagai manusia nak terus menghukum? Saya faham nak mengata orang ni senang, tapi apa yang dikatakan itu seolah-olah satu fakta.

“Kita mengkritik orang dari luar tapi siapa tahu kalau pengakhiran orang tu akan lebih cantik. Mungkin apa yang ditonjolkan di media sosial, atau apa yang dikatakan itu bukan perkara sebenar yang dia mahukan dalam hidup,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ameera berharap pengikutnya di media sosial terus mendoakan yang terbaik buat Jefri.

“Saya sentiasa mendoakan dia untuk berubah dan saya percaya, orang sekeliling yang mengenalinya pun buat perkara sama.

“Jadi jangan terus menghukum, kasar sangat  dakwaan itu. Lagi pula, saya tidak memerlukan persetujuan semua dengan siapa saya mahu berkawan.

“Tetapi, terima kasih sebab mengambil kisah dan menjaga saya. Apa pun, doakan yang terbaik untuk dia sebab doa yang baik akan berbalik juga kepada kita,” tuturnya.

@trendingditiktokmalaysia

#lmk #littlemisskhan #ameerakhan #jefrinichol #jefrinicholfans

♬ original sound – trendingditiktokmalaysia – trendingditiktokmalaysia

Sebelum ini, nama Jefri hangat menjadi sebutan selepas membuat pengakuan pernah meniduri lebih 20 orang wanita selain turut curang dengan pasangannya.

Terdahulu, Ameera dan Jefri didakwa pernah bercinta namun hubungan itu dikatakan telah terputus selepas mereka saling tidak mengikuti di Instgaram sekitar Oktober 2021.

Namun, mereka kembali digosipkan bercinta selepas Ameera menerima panggilan video daripada Jefri pada penghujung Mac lalu.

Malah, baru-baru ini tular sebuah foto mendakwa Ameera dan Jefri saling berpegangan tangan ketika bertemu di Jakarta.

Artikel Berkaitan: Heboh Video Jalan Berdua, Foto Didakwa Pegang Tangan Tular… Timbul Spekulasi Ameera Khan, Jefri Nichol Bercinta?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Lelaki Indonesia Lebih Romantis, Tidak Toksik” – Ameera Khan Kongsi Pengalaman Bercinta

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 14 Nov 2025
Trending Tue, 5 Oct 2021
Hiburan Thu, 30 Aug 2018

Tarian ‘Jeng Jeng Jeng’ Jadi Bahan Gelak, Ini Respon Penari…

Ia mungkin menjadi ‘salam perkenalan’ saya untuk melangkah masuk menjadi pelakon. Saya memang minat untuk serius dalam bidang lakonan.

Hiburan Fri, 8 May 2026

Norman Hakim Teruja Marissa Dania & Maria Danisha Sambung Pengajian Dalam Bidang Perniagaan – “Saya Kena Kerja Lebih Smart & Efisien Lepas Ni”

Marissa dan Danisha akan mengikuti jurusan Pengurusan dan Pentadbiran Perniagaan sebelum memilih pengkhususan berbeza apabila melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda nanti.

Featured Tue, 5 Oct 2021

Didakwa 4 Tahun Bergelumang Sindiket Dadah, Shah Rukh Khan Sanggup Upah Peguam Paling Mahal Bela Anak

Pelakon Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan dilaporkan menggunakan khidmat seorang peguam termahal di Bollywood iaitu Satish Maneshinde bagi membela kes penyeludupan dadah melibatkan anak lelakinya, Aryan Khan. Semalam, media tempatan melaporkan Aryan dihadapkan ke sebuah […]

error: Content is protected !!