Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 8, 2026 @ 12:19pm

Norman Hakim Teruja Marissa Dania & Maria Danisha Sambung Pengajian Dalam Bidang Perniagaan – “Saya Kena Kerja Lebih Smart & Efisien Lepas Ni”

Pelakon dan usahawan, Norman Hakim meluahkan rasa syukur apabila dua anak perempuannya, Marissa Dania dan Maria Danisha bakal melangkah ke alam universiti untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Menerusi perkongsian di Instagram, Norman mendedahkan perancangan awal hanya melibatkan Danisha sahaja, namun segalanya berubah selepas pihak universiti menawarkan cadangan laluan pendidikan bersama buat kedua-dua anaknya bermula dari Diploma hingga ke Ijazah Sarjana Muda.

Menurut Norman, keputusan SPM Marissa yang cemerlang selain maklum balas positif diterima membuatkan mereka bersetuju dengan cadangan tersebut.

“Melihat keputusan SPM Marissa yang memberangsangkan dan penerimaan sangat positif terhadap proposal dicadangkan, maka perancangan asal terus berubah,” katanya.

Tambahnya, Marissa dan Danisha akan mengikuti jurusan Pengurusan dan Pentadbiran Perniagaan sebelum memilih pengkhususan berbeza apabila melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda nanti.

“Pada peringkat Bachelor nanti, Danisha akan mengambil pengkhususan Accounting manakala Marissa pula dalam bidang Human Resources,” ujarnya.

Dalam pada itu, Norman turut berterima kasih kepada pihak universiti yang banyak membantu dalam merancang perjalanan akademik anak-anaknya termasuk memberi kelonggaran buat Marissa menguruskan komitmen perniagaan.

“Pihak universiti beri fleksibiliti buat Marissa untuk berulang disebabkan komitmen perniagaan menguruskan label perniagaannya,” katanya lagi.

Difahamkan, kedua-dua mereka dijangka memulakan sesi pengajian sekitar Julai hingga September depan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 16 Dec 2022

Zack Tabudlo Mulakan Langkah Bina Nama Di Rantau Asia

Penyanyi berasal Filipina, Zack Tabudlo makin dikenali dengan lagu berjudul Pano. Lagu ini mencipta fenomena tersendiri di negara asalnya lalu menular ke negara jiran Indonesia dan akhirnya sampai ke negara Malaysia. Pano adalah bukti negara […]

Events Thu, 7 Nov 2019
Featured Wed, 18 Jun 2025

Netizen Teruja Syed Saddiq Makin ‘Power’ Buat Pickup Line – “Patutlah Awak Selalu Ada Dalam Mimpi Saya”

Syed Saddiq dan Bella kelihatan merakamkan momen bersama berjudul, ‘ A Day With My Boss’.

Featured Tue, 10 May 2022
Hiburan Thu, 21 Dec 2017

郑秀文以患者身份:不要害怕,一定有出路可行!

Sammi郑秀文于2005年拍摄电影《长恨歌》后,销声匿迹了3年,最终凭着朋友的支持以及宗教信仰,让她渐渐康复。看过了韩国团体SHINee钟铉留下的遗书,她不禁于21日凌晨以过来人身份发帖。

Filem Mon, 8 Jun 2026

Twin Walk For Khadam Meriah, Peminat Jadi Antara Penonton Terawal Filem Khadam

Menjelang tayangan rasmi filem seram Khadam pada 11 Jun ini, ratusan peminat membanjiri sekitar KL Sentral dan TGV KLCC bagi memeriahkan acara khas Twin Walk For Khadam yang berlangsung pada Ahad lalu.

Hiburan Thu, 26 Dec 2024

Platform Martabatkan Semula Muzik Rock Tanah Air, Konsert Rock Kapak 2 Bakal Gegar Panggung Asia Kuala Lumpur

Band-band rock Malaysia yang bakal beraksi adalah Gamma, Gravity dan RockapaK Band termasuk penampilan istimewa Amir SYJ/SOFEA serta Joe Rockers.

error: Content is protected !!