Euforia Bola 2026
Filem By: Padin June 8, 2026 @ 7:16pm

Twin Walk For Khadam Meriah, Peminat Jadi Antara Penonton Terawal Filem Khadam

Menjelang tayangan rasmi filem seram Khadam pada 11 Jun ini, ratusan peminat membanjiri sekitar KL Sentral dan TGV KLCC bagi memeriahkan acara khas Twin Walk For Khadam yang berlangsung pada Ahad lalu.

Acara tersebut menarik perhatian ramai apabila peserta hadir berpasangan dengan mengenakan pakaian tradisional sedondon, selari dengan konsep “kembar” yang menjadi identiti utama kempen promosi filem berkenaan.

Kehadiran peserta dengan pelbagai gaya dan penampilan unik bukan sahaja menceriakan suasana, malah turut mencetuskan perhatian orang ramai sepanjang perjalanan menuju ke lokasi tayangan khas.

Suasana menjadi lebih meriah apabila barisan pelakon Khadam turut turun padang bertemu peminat.

Antara yang hadir termasuk Aghniny Haque, Siti Khadijah Halim serta dua pelakon muda, Zarra Zhaf dan Karl El yang meluangkan masa berinteraksi, bergambar dan berkongsi keterujaan menjelang tayangan filem tersebut.

Lebih istimewa, peserta yang menyertai Twin Walk For Khadam turut diberikan peluang eksklusif untuk menjadi antara individu terawal menyaksikan filem berkenaan sebelum ia ditayangkan secara rasmi di pawagam seluruh negara.

Sebaik sahaja tayangan selesai, media sosial mula dibanjiri dengan pelbagai reaksi daripada penonton yang berkongsi pengalaman mereka menonton filem tersebut.

Rata-rata memuji jalan cerita yang disifatkan bukan sekadar menawarkan elemen seram dan kejutan mendebarkan, malah turut menyentuh sisi emosi yang meninggalkan kesan sehingga penghujung penceritaan.

Penganjuran Twin Walk For Khadam dilihat sebagai satu pendekatan kreatif dalam mendekatkan filem itu dengan penonton, selain memberi pengalaman yang lebih interaktif kepada peminat filem tempatan.

Sambutan hangat yang diterima sepanjang acara berlangsung juga menjadi petanda awal bahawa keterujaan terhadap Khadam semakin meningkat menjelang tayangan rasminya.

Dengan pelbagai reaksi positif yang mula dikongsikan oleh penonton awal, Khadam kini muncul sebagai antara filem seram tempatan yang paling dinantikan tahun ini.

Filem tersebut bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 11 Jun ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 2 Jul 2018

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018

Berikut adalah senarai penuh menteri kabinet bagi nama anggota semua jemaah menteri serta timbalan menteri kerajaan persekutuan Malaysia yang telah diumumkan baru-baru ini selepas Tun Mahathir mengadap Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara.

Hiburan Mon, 15 Apr 2019

Isu ‘Sailang’ Tak Jejas Penyertaan, Star Vendors Himpun 36 Artis Popular!

Jangan ketinggalan untuk ke PWTC pada 24-26 Mei ini. Macam-macam ada tau!

Hiburan Wed, 29 Apr 2026

“Takkan Nak Tersenyum Setiap Masa? Jangan Cepat ‘Menghukum” – Rosyam Nor Tepis Dakwaan Artis Sombong

Rosyam berpendapat bahawa tidak wajar untuk terus cepat menghukum kerana artis juga manusia biasa yang turut berdepan keletihan dan tekanan kerja. 

Trending Mon, 16 Dec 2019

这吃药习惯很多人都有!其实很伤身

用药是经常的事情,你可知道,吃药方式不对,就算药没问题,人也会出问题!

Featured Wed, 1 Feb 2023
Hiburan Wed, 7 Sep 2022

Netizen Persoal Kredibiliti Shila Amzah Jadi Peserta

Mungkin nak bawa pembaharuan gitu!!! Tak baik tau cakap tak layak

Hiburan Wed, 5 Mar 2025

[VIDEO] Berat Badan Cecah 75 KG, Penampilan Langsing Enot Raih Pujian!

Enot amalkan sauna dan bersenam, berat badan kini 75 kg

error: Content is protected !!