Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 12, 2024 @ 2:01pm

Ellie Suriaty Tegur Tindakan Ruhainies Bawa Balik Suami Kawan Baik Pulang Ke Rumah Sebagai Bentuk Pengkhianatan Paling Zalim

Pelakon, pengarah dan penulis, Ellie Suriaty Omar berpendapat tindakan pelakon, Ruhainies yang ditangkap khalwat bersama suami rakan baiknya, Bella Astillah iaitu Aliff Aziz sebagai suatu tindakan yang tidak manis dan tidak beradab.

Lebih mengecewakan, aktres itu dilihat berkelakuan biadab apabila berkongsi dan memuat naik video-video mesranya bersama Aliff  di Instagram selepas isu kontroversi tersebut tular.

ARTIKEL BERKAITAN:Kongsi Video Dengan Sejambak Bunga, Ruhainies Kekal Tenang… Netizen Pula Yang Panas Hati!

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Ruhainies Ditangkap Khalwat, Kakak Pula Diserang Netizen… Ini Respons Risteena! – “I Marah, Makan Dalam Tau”

Menurut Ellie, sebagai seorang yang profesional dan bekerja dalam industri kreatif, setiap artis haruslah menjaga ruang dengan rakan lakon terutamanya suami orang, apatah lagi individu terbabit merupakan suami kepada rakan baiknya sendiri.

“Jenis kawan tak ada perikemanusiaa, tidak ada hati perut. Sangat biadap peelnya… up video kau mesra luar biasa dekat set dan feeling dengan suami kawan baik tu.

“Selalunya kami dalam industri kreatif ni, kita jaga ruang dengan rakan lakon terutamanya suami orang. Especially pelakon lelaki itu adalah suami pada kawan baik sendiri.

“Siapa pula yang ajar nak kena propa kengkonon nak kena feel terlebih antara dua orang hero dan heroin? Yang feel terlebih tu diri sendiri. Tuntutan watak boleh je panggil aku-kau tapi bila camera roll, watak yang berperanan bukan personaliti kita,” katanya.

Sementara itu, pelakon filem Telaga Suriram ini mengangga,  membawa suami rakan baik pulang ke rumah tanpa pengetahuan isterinya adalah satu bentuk pengkhianatan dan kecurangan yang zalim dari seorang kawan baik.

“Tak manis, tak beradab. Berkawan baik dengan isterinya tapi bawa balik suami kawan baik tu ke rumah berkali-kali. Kawan baik tu langsung tak tahu apa-apa. Itulah bentuk pengkhianatan dan kecurangan yang zalim dari seorang rakan baik,” ulasnya.

Perkara itu dikongsi Ellie menerusi komen balas di Instagram milik Risteena.

Bagaimanapun, ruangan komen pada hantaran foto Risteena dan Ruhainies itu telahpun ditutup.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Sun, 16 Dec 2018

4 Khasiat Mandi Air Panas Yang Bagus Untuk Kesihatan

Mandi Air Panas Sama Manfaatnya Seperti Jalan Kaki 30 Minit

Hiburan Sun, 8 May 2022
Trending Tue, 18 Dec 2018

5 Perkara Menarik Tentang Miss Universe Terbaru, Catriona Gray

Saksikan juga sedutan di mana dia ditanya soalan yang mencabar!

Hiburan Wed, 14 Aug 2019
Hiburan Wed, 12 Sep 2018

Lepas Bobo Di Mana, Aliff Syukri Nyanyi Lagu Nasyid Pula?

Shahida turut memberitahu suaminya memang tahu suara dia tak berapa nak sedap tapi sebab suka nak jadi artis, beliau usahakanlah dia jadi artis nasyid. Korang sokong dan setuju tak?

Hiburan Wed, 24 Oct 2018

Mas Idayu Sebak Menyanyi Nirmala Di Pentas DAA 4

Penyanyi serba boleh ini menulis Allahyarham Pak Ngah sentiasa dekat di hati dan pasti merindui gelak tawa Allahyarham. Al-Fatihah buat Allahyarham Pak Ngah…

error: Content is protected !!