Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 22, 2023 @ 4:40pm

Sebutan Kes Ditangguh 6 Julai, Yasin Sulaiman Masih Di Hospital Bahagia

Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman dilaporkan masih berada di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Ulu Kinta, Perak untuk pemerhatian kesihatan mentalnya.

Menurut laporan Harian Metro, perkara tersebut dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin di hadapan Hakim Nik Nasimah Nik Mohammad di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, hari ini.

Ahmad Zuhaini berkata, laporan psikiatri masih belum sedia dan meminta tarikh baharu untuk sebutan semula.

“Pihak kami dimaklumkan laporan psikiatri belum sedia. OKT (orang kena tuduh) juga tidak dibawa pada hari ini. Jadi pendakwaan memohon satu lagi tarikh lain bagi sebutan (laporan psikiatri),” katanya.

Peguam yang mewakili Yasin, Ariff Azami Hussein turut mengesahkan mengenai status laporan berkenaan.

“Laporan psikiatri seperti diperintah mahkamah, ia masih dalam proses disiapkan hospital.

“Mengikut undang-undang, hospital mempunyai masa maksimum dua bulan untuk siapkannya. Tiada bantahan untuk satu lagi tarikh sebutan,” katanya.

Mahkamah menetapkan 6 Julai sebutan kes untuk mendapatkan laporan psikiatri.

Dalam prosiding terdahulu, Nik Nasimah membuat perintah itu selepas membenarkan permohonan Ariff Azami mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Hakim berkenaan kemudian menetapkan hari ini supaya laporan psikiatri dikemukakan kepada mahkamah.

Terdahulu, Ariff Azami ketika membuat permohonan itu memaklumkan, pihak pembelaan mempunyai asas yang kuat supaya kesihatan mental Yasin, 48, diperiksa oleh pakar psikiatri.

Beliau berkata, pemerhatian juga perlu dibuat untuk memastikan sama ada Yasin layak dibicarakan atas pertuduhan yang dihadapinya.

Pihak pembelaan mengemukakan lima laporan perubatan yang antara lainnya mengesahkan sejarah kesihatan mental Yasin yang menghidap penyakit Bipolar Disorder Jenis 1 sejak 2007.

Pada 7 Mac lalu, Yasin gagal kali kedua dalam permohonan representasi untuk mengkaji tiga pertuduhan berkaitan dadah yang dihadapinya.

Ia ditentukan berikutan Jabatan Peguam Negara menolak permohonan Yasin untuk mengkaji pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan baharu itu, Yasin didapati dalam milikannya dadah berbahaya jenis kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondomonium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini, jam 5.30 petang pada 24 Mac 2022.

Yasin didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama.

Ia memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Satu lagi pertuduhan, Yasin mengaku tidak bersalah menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya kanabis yang diperoleh secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6B(1)(a) ADB yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(3) akta sama yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.

Yasin turut didakwa atas satu lagi pertuduhan iaitu memberi dirinya dadah berbahaya ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, tarikh sama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 18 Mar 2026

“Tak Layak Jadi Pemimpin! Depan Orang Terpaling Suci, Hakikatnya Takut Dengan…” – Zizi Kirana Berang Isu Isteri Hamil Dipukul

Menurutnya, sikap segelintir lelaki yang menjadikan isteri sebagai tempat melepaskan kemarahan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima

Hiburan Mon, 4 Nov 2024

Bekas Isteri Berubah Selepas Kerja Sebagai Pramugari, Gagal Kawal Kemarahan Antara Punca Idzham Ismail Lafaz Cerai

Lepastu satu, satu kes selebriti.. kali ni Idzham Ismail pula sah cerai dengan isteri 🥹😭😭

FESYEN Fri, 12 Jul 2019

It’s Not TeaLive But Tea Hair, This Peculiar Hair Color Went Viral On Social Media

People is taking Bobba tea to another different level!

Events Sat, 26 Jan 2019

Syamel Tak Pernah Mengecewakan?

Tak sia-sia Syamel kurus!

Events Sun, 27 Feb 2022

SOP Lengkap Dos Penggalak Tunai Solat Jumaat Hanya Terpakai Di Selangor

Sebelum ini, rata-rata masyarakat ada yang kurang berpuas hati terhadap prosedur operasi standard (SOP) bagi menunaikan solat Jumaat apabila hanya jemaah lengkap dua dos vaksin dan dos penggalak sahaja dibenarkan hadir ke masjid atau surau. […]

Hiburan Wed, 8 Nov 2023

Sedia Berkhidmat Sebagai Jurulatih PLKN, Nourul Deep Tawar Diri Suntik Motivasi Kepada Generasi Muda

Bagus jugak tu! Lagipun Nourul memang pakar motivasi. Selayaknya🔥🔥🔥🔥

Trending Thu, 18 Jul 2019

Hidup Jangan Sombong, Ambil Iktibar Dari Kisah Pekerja Kilang Ini!

Nah…pengajaran dia, sentiasa jadi orang yang merendah diri, penyayang dan hormat kepada sesiapa tanpa mengira pangkat atau darjat.

Hiburan Sat, 28 Mar 2026

“Tunjuk Mewah Tapi Hutang Liat Bayar” – Aliff Syukri Luah Rasa Berang, Kritik Golongan ‘Acah Kaya’

Aliff secara terbuka mengkritik golongan yang disifatkan sebagai ‘acah kaya’, tetapi liat membayar hutang.

error: Content is protected !!