Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 12, 2025 @ 10:04pm

“Mama, Mana Makanan Kakak? Ayam Tadi Sedap” – Kisah Nasi Dibuang Undang Air Mata Ayu Hot FM, Mahany Dedah Luahan Hati Anak

Kisah seorang wanita bernama Mahany yang berkongsi pengalaman sedih dilaluinya sewaktu menjamu selera di sebuah kedai bersama dua anaknya menjadi tular di laman sosial.

Video Mahany yang menangis menceritakan pengalaman ketika dia membeli sepinggan nasi berlauk ayam berharga RM6 dan dibahagi dua untuk dikongsi makan bersama anak-anaknya menyentuh hati orang ramai.

“Masa tengah makan, anak nak pergi tandas… tapi dia baru makan sikit. Dah pesan dekat mak cik pekerja kedai makan, jangan buang nasi saya.

“Saya nak makan lagi sebab anak tak makan lagi. Dah siap pergi tandas, saya pergi meja tu semula. Nasi tu sudah tak ada. Ayam dan nasi pun banyak lagi. Boleh hadap makan dua orang.

“Ya Allah mak cik, kenapa buang? Saya tak senang makcik nak beli nasi tu. Mak cik tu hanya tengok je. Saya malas nak menangis dekat situ, nanti siapa nak pujuk,” luah Mahany sambil menangis.

Baru-baru ini, menerusi segmen Hot Flix, penyampai radio Hot FM, Ayu atau nama sebenarnya, Masyuni Mansor menghubungi Mahany untuk mendengar kisah sebenar pengalaman yang dilaluinya.

Ayu turut memuat naik sedutan temu bual terbabit di Instagram miliknya.

Menurut Mahany, selepas keluar tandas, makanan mereka sudah tiada dan ada makanan lain yang berada di meja yang sama.

Apa yang membutakan Mahany sedih apabila anaknya bertanya mengenai keberadaan nasi yang mereka nikmati sebentar tadi.

“Bila keluar tu anak tanya, ‘Mama, mana makanan kakak tadi? Ayam tadi sedap mama’. Adik dia pun bertanya, ‘Mama, sedapnya ayam tadi. Lepas tu dah tak ada dah.’

“Ya Allah, saya sebaknya, macam tu je kena buang. Mungkin makanan lain tu tak sama, momen tu tak sama dengan apa yang anak-anak saya makan tadi,” cerita Mahany sebak.

Merakamkan temu bual terbabit, Ayu turut gagal menahan sebak dan mengalirkan air mata mendengar kisah Mahany.

Bersimpati atas apa yang terjadi, Ayu juga menawarkan diri untuk memberikan wang belanja makan kepada Mahany dan keluarga.

Di ruangan komen, rata-rata warganet turut simpati dengan kisah yang dilalui Mahany serta peminat juga memuji sikap Ayu yang bermurah hati.

Setakat artikel ini ditulis, video terbabit sudah meraih hampir 42,000 tontonan di Instagram.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Tue, 3 Oct 2023
Hiburan Wed, 3 May 2023
Featured Thu, 6 May 2021

Program Jaringan Prihatin Diperkenalkan, RM300 Bagi Penerima Yang Layak

Bagi memastikan lebih ramai rakyat Malaysia menerima akses internet, Program Jaringan Pirihatin diperkenalkan untik merapatkan jurang digital dan menyokong agenda pendigitalan negara. Justeru, golongan yang layak berhak menerima bantuan RM180 untuk pembelian telefon atau kredit […]

Trending Mon, 5 Oct 2020
Cahaya Mata Sat, 6 Aug 2022

“Mohon Doakan Kesihatan Suami Saya” – Ako Mustapha Dikesan Alami Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru

Allahuakbar semoga Ako diberikan kesembuhan dengan segera. Semoga isteri dan anak-anaknya tabah hadapi ujian ini ❤️

Hiburan Wed, 12 Mar 2025
Hiburan Fri, 15 Nov 2019

Alah Teruk, Deena Emir Langsung Tak Masuk Dapur

Isteri kepada pelakon Saharul Ridzwan, Deena Emir yang kini sedang hamil anak kedua  mendedahkan pengalamannya mengandung kali ini sangat berbeza dengan yang pertama melalui perkongsian terbaharu di akaun instagramnya @deenaemir. “SubhanAllah banyak sangat yang Deena belajar […]

Hiburan Mon, 17 Jun 2019

Tukar Jantina? Merepeklah…

Usahawan kosmetik terkenal, Sajat menafikan mendapatkan bantuan individu bernama Yusmiliati Mohamed Yusof seperti yang didakwa wanita itu dalam sebuah sidang media, petang tadi.

error: Content is protected !!