Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal June 17, 2019 @ 10:21pm

Tukar Jantina? Merepeklah…

Usahawan kosmetik terkenal, Sajat menafikan mendapatkan bantuan individu bernama Yusmiliati Mohamed Yusof seperti yang didakwa wanita itu dalam sebuah sidang media, petang tadi.

Menurut Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dia tidak pernah memberi arahan sedemikian malah tidak mengenali wanita itu.

“ Merepek… saya tidak pernah minta tukar jantina. Saya juga tidak akan membuat sebarang permohonan maaf kerana saya tidak pernah mengenali dia.

“ Semua yang didakwa itu adalah tidak benar,” katanya kepada portal Mstar Online.

Individu bernama Yusmiliati mendakwa usahawan kosmetik terkenal ini ada bertemu dengannya bersama pembantunya, Ashaari Aznan bagi mendapatkan pertolongan menukar jantina dalam MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada Ogos 2017.

Tambahnya, disebabkan dokumen tidak lengkap dan Sajat juga gagal mengemukakan laporan rasmi perubatan, permohonan itu telah ditolak.

Disebabkan hal itu juga, Sajat dilaporkan membuat laporan polis mendakwa dirinya telah ditipu oleh wanita berkenaan.

Yusmiliati juga ditahan reman selama empat hari pada 1 Januari lalu di Balai Polis Ampang atas kesalahan jenayah di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 3 Jan 2020
Fab Foodies! Mon, 31 Dec 2018

Tanda- Tanda Kolestrol Tinggi Dalam Badan

embentukan kolesterol adalah sebahagian daripada proses yang menyempitkan arteri, yang disebut aterosklerosis, di mana plak membentuk dan menyebabkan sekatan aliran darah.

TECH Thu, 10 Jan 2019
Hiburan Mon, 15 Oct 2018
Hiburan Wed, 2 Jul 2025
Featured Thu, 1 Sep 2022

Netizen Sangsi Dengan Percutian Mewah, Ini Respons Hairul Azreen

Bagus ada mindset macam tu! Semoga dimurahkan rezeki Hairul dan keluarga.

Hiburan Tue, 19 May 2026

“Suruh Saya Buka Baju” – Zara Zya Dedah Pernah Jadi Mangsa Gangguan Dalam Industri Hiburan, Hampir ‘Diperangkap’ VVIP

Zara Zya mendedahkan dia pernah diajak ke hotel oleh kenalan artis sebelum menyedari ada individu kenamaan atau VVIP sedang menunggu di dalam bilik.

error: Content is protected !!