Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 19, 2026 @ 2:48pm

“Suruh Saya Buka Baju” – Zara Zya Dedah Pernah Jadi Mangsa Gangguan Dalam Industri Hiburan, Hampir ‘Diperangkap’ VVIP

Pelakon, Zara Zya tampil mengejutkan ramai apabila berkongsi pengalaman hitam yang pernah dilaluinya sepanjang bergelar anak seni termasuk dakwaan gangguan seksual dan cubaan mengambil kesempatan oleh individu tertentu dalam industri hiburan.

Menerusi temu bual bersama program Nona TV3, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, berkata dia pernah berdepan pelbagai situasi menakutkan ketika menghadiri sesi casting dan pertemuan atas urusan kerja.

“Bila pergi casting, kadang-kadang saya pergi sendiri. Kalau bawa mama, saya kena reject. Mereka ingat saya pergi shooting bawa mama.

“Kenapa? Sebab niat mereka tak elok. Kalau saya bawa mama, macam mana mereka nak buat benda bukan-bukan pada saya. Tak masuk akal tapi itu berlaku,” katanya.

Lebih mengejutkan, Zara mendakwa pernah diperdaya seorang individu yang kononnya mahu berbincang mengenai skrip drama sebelum mengajaknya bertemu di pusat karaoke.

Namun suasana bertukar menyeramkan apabila individu terbabit meminta rakannya keluar sebelum mengarahkannya membuka pakaian.

“Skrip pun sudah ada tapi dia ajak pergi karaoke bukan tempat meeting. Saya terlalu percayakan orang.

“Saya pergi tepat karaoke, tapi dia suruh kawan saya keluar dan minta saya buka baju. Saya tak mudah panik kemudian cari alasan untuk keluar dari situ dan tak patah balik,” katanya.

Menurut Zara, individu berkenaan kemudian cuba menghubunginya semula namun dia bertindak menyekat nombor telefon lelaki tersebut.

Tidak terhenti di situ, aktres drama Sumpah Ibuku itu turut mendedahkan dia pernah diajak ke hotel oleh kenalan artis sebelum menyedari ada individu kenamaan atau VVIP sedang menunggu di dalam bilik.

“Kawan-kawan artis yang saya kenal ajak ke hotel. Saya ingatkan sekadar makan-makan, rupanya memang ada lelaki-lelaki VVIP yang menunggu untuk masuk ke bilik.

“Saya tak nak tetapi mereka juga tak mahu hantar saya keluar. Lama juga saya cuba keluar. Situasi itu memang menakutkan,” katanya.

Zara turut berkongsi pengalaman apabila seorang lelaki mengajaknya berbincang mengenai projek namun sebenarnya mempunyai niat lain.

“Pernah ada seorang lelaki ajak berjumpa untuk sebuah projek, bila sampai rupanya dia ajak nak check in dekat situ.

“Kemudian saya berbual dan terus minta diri nak pergi dari situ,” katanya.

Dalam pada itu, Zara mendakwa dia juga pernah menjadi mangsa gangguan fizikal daripada individu dalam industri hiburan.

“Ada artis yang cuba menggatal dan meraba. Tapi bila jumpa sekarang, mereka buat-buat tak kenal atau melarikan diri.

“Dulu saya bukan sesiapa, orang nak ‘makan’ saya tapi bila di tahap sekarang ini mereka ada hormat dan berjaga-jaga,” katanya.

Bagaimanapun, Zara menegaskan dia tetap mempertahankan prinsip diri dan enggan memilih jalan singkat demi populariti.

“Ada juga tawaran untuk membela, tapi saya tak mahu terlibat sampai ke tahap itu. Walaupun ada jatuh bangun, saya tetap pilih cara yang baik,” katanya.

Sumber: [FULL] Nona (2026) | 17 May – Pesona: Zara Zya | Tonton – YouTube

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 20 Oct 2021

Proses Mediasi Gagal, Perbicaraan Penuh Dilanjutkan – Siti Nordiana Dakwa Sering Disindir Di IG Live Oleh Lima Sekawan

Penyanyi Siti Nordiana Alias atau Nana, 37, memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bahawa dirinya sering disindir di Instagram (IG) Live penyanyi Lan Solo, sehingga peminat mula menyedari perkara itu dan mempercayai kata-kata fitnah dilemparkan terhadapnya. […]

Hiburan Sun, 15 Apr 2018

Keluar Bersama Tak Bermaksud Kami Bercinta – Neelofa

Saya akan menyokong sesiapa yang berusaha. Apabila Neelofa datang kepada saya bersama idea mengenai kempen ini, saya memberitahunya, kenapa tak buat? Saya hanya membantu Neelofa untuk merealisasikan kempen ini. Baguslah kalau begitu, bantu membantu antara satu sama lain.

Trending Sun, 7 Apr 2019

Gambar Seorang Wanita Berbaring Di Atas Kubur, Ada Cerita Di Sebaliknya

Lebih sayu, wanita itu baring di atas tanah kubur yang kelihatan basah tanpa beralaskan kain.

Trending Tue, 8 Dec 2020
Featured Sun, 3 Oct 2021

“Kau Hado? Kau Hado? Tunjuk Kaya… Kecil Hati Orang”- Ustaz Kazim Elias Komen Isu Jutawan Tunjuk Kemewahan di Media Sosial

“Kayalah tetapi jangan simpan dalam hati, duit harta, letak atas tapak tangan,” begitulah kata-kata pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias ketika ditanya mengenai isu melibatkan golongan berharta yang suka menunjuk kemewahan sebagai sumber inspirasi di […]

Trending Fri, 6 Nov 2020
Featured Wed, 1 Feb 2023

Tersipu Malu! Meerqeen Dedah Selebriti Yang Diminati Hun Haqeem

Alolo Hun memalu pulak! Siapa crush dia tu ek?

Hiburan Wed, 25 Sep 2019

Harap Perkahwinan Kali Ke Tiga Kekal, Radhi OAG Cari Calon Isteri!

Lepas ini kalau boleh saya hanya ingin bercakap mengenai hal kerjaya dan tidak mahu terlalu bercerita tentang hal rumah tangga.

error: Content is protected !!