Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 12, 2026 @ 1:38pm

Pernah Digelar Tak Popular, Zara Zya Dedah Identiti Pelakon Didakwa Perlekeh Dirinya – “Huruf ‘J’ Yang Dimaksudkan Bukan Janna Nick”

“Dia cakap saya tak popular pun, siapa nak bergambar dengan saya”.

Demikian respons pelakon Zara Zya ketika mula-mula aktif dalam industri lakonan tanah air.

Menurut pemilik nama lengkap, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 41, berkata, individu yang disebut sebagai ‘J’ menerusi hantarannya di platform Threads bukanlah Janna Nick.

Katanya, Janna sebenarnya muncul dalam industri selepas dia mengambil keputusan untuk memperlahankan karier seninya dan antara dirinya dan Janna tidak mempunyai sebarang masalah antara satu sama lain.

“Tak, bukan dia. Janna keluar selepas saya. Kiranya dia orang baru selepas saya.

“Dia bagus, tiada masalah dengan saya dan kami juga berkawan. Yang ‘J’ itu biarlah yang tahu saja tahu,” katanya.

Zara berkongsi perkara demikian ketika ditemui pada majlis rakaman Melodi Raya yang diadakan di Saloma Theatre, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Zara memaklumkan perkongsian itu dibuat bukanlah untuk memburukkan mana-mana pihak melainkan sekadar berkongsi pengalaman ketika dia mula-mula bergelar anak seni dan sebagai pengajaran kepada pendatang baharu agar lebih bersedia dari segi mental.

Bagaimanapun, kritikan itu menjadi pembakar semangat untuknya terus berjaya dalam industri.

“Saya sebenarnya nak buat thread untuk orang-orang baru supaya mereka lebih bersedia, ada ilmu dan pandai jaga diri. Tapi saya kongsi satu cerita dahulu, yang lain mungkin selepas ini.

“Sebab kadang-kadang kita sibuk, tulis saja dan tak tengok komen pun. Bila malam dan ada masa terluang barulah saya semak semula.

“Dalam situasi itu saya rasa pelik. Nak kata sedih pun tidak sebab saya bukan orang yang ambil kisah sangat.

“Tapi dalam hati saya cakap, insya-Allah satu hari nanti orang akan tahu siapa saya.

“Saya jenis orang yang serius dalam kerja dan akan buat betul-betul. Alhamdulillah, sekarang orang kenal Zara Zya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Zara turut memaklumkan dia pernah bekerjasama sekali sahaja dengan artis wanita berkenaan menerusi sebuah telefilem.

Malah individu yang dimaksudkan juga kini sudah tidak lagi aktif dalam dunia seni.

“‘J’ itu sudah tiada dalam industri sekarang. Selepas itu kami tidak pernah jumpa lagi. Kami hanya bertemu ketika penggambaran telefilem itu sahaja,” kongsinya.

Sebelum ini, Zara berkongsi kisah dirinya diperlekeh artis wanita dikenali sebagai ‘J’ dan rata-rata netizen menyebut nama Janna Nick.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Aug 2025
Trending Sat, 26 Oct 2019

Exclusive Behind The Scenes Into Resorts World Genting’s “Train To Busan” Horror House Experience

Take a closer look into the precision it took in curating world’s first-ever “Train To Busan” Horror House.

Hiburan Thu, 22 Jun 2023

Aksi Bergolek Atas Pentas Dikecam, Elly Mazlein Tak Ambil Hati?

Netizen happy! Kak Kepom pun happy la dikkk!

Trending Tue, 16 Jun 2020
Trending Thu, 14 Jun 2018

最强防偷伞绝招!打开狂下「蟑螂雨」吓坏偷伞贼

最近天气状况反复不定,突然就下起大雨。有时候如果遇上超没公德心的偷伞贼就更惨,不过到底有没有什么能够避免雨伞被偷呢?

Trending Mon, 25 Mar 2019
Hiburan Thu, 15 May 2025
error: Content is protected !!