Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal February 23, 2019 @ 11:54am

Kematian Akibat Difteria, Tak Pernah Ambil Suntikkan Imunisasi Sejak Lahir

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui satu kenyataan media melaporkan kematian seorang kanak-kanak berusia 2 tahun 1 bulan di Johor Bahru pada 21 Februari akibat jangkitan difteria.

Difahamkan kanak-kanak yang menunjukkan simptom-simptom jangkitan seperti demam, batuk dan bengkak tonsil sejak 16 Februari tidak pernah menerima suntikkan imunisasi sejak lahir.

”Kes telah dibawa ke unit kecemasan hospital pada 18 Februari 2019 dalam keadaan yang lemah dan dimasukkan ke unit rawatan rapi pediatrik untuk bantuan pernafasan serta rawatan antitoksin difteria.

”Malangnya, kanak-kanak tersebut tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia pada 21 Februari 2019 dengan sebab kematian Severe Diphtheria with multiorgan failure.

”Ujian pengesanan ke atas sampel calitan tekak kes menunjukkan kehadiran bakteria Corynebacterium diphtheriae dan pihak kementerian kini menunggu keputusan makmal untuk pengesahan toksin difteria,” kata Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

Sehubungan itu, KKM telahpun mengambil langkah-langkah pencegahan bagi membendung penularan wabak seperti  pencarian kes secara aktif di kawasan kediaman kes, aktiviti pemberian imunisasi dan pendidikan kesihatan.

”KKM ingin menasihati orang awam terutamanya ibu-bapa agar sentiasa berwaspada terhadap penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui imunisasi seperti difteria, demam campak (measles), batuk kokol (pertussis) dan lain-lain. Pastikan anak anda diberikan imunisasi.

”Imunisasi adalah cara pencegahan penyakit yang berkesan dan selamat. Perkhidmatan imunisasi ini boleh diperolehi daripada klinik kesihatan kerajaan dan swasta. Kegagalan memberikan imunisasi kepada kanak-kanak bukan sahaja mendedahkan anak anda kepada jangkitan kuman malahan boleh membahayakan kanak-kanak lain,” katanya.

KKM turut menggesa mana-mana ibu-bapa yang masih belum mendapatkan suntikkan imunisasi untuk anak-anak mereka agar tampil berbuat demikian mengikut Jadual Imunisasi yang dikeluarkan oleh pihaknya.

”Bagi kanak – kanak yang telah tercicir suntikan, bolehlah segera mendapatkan perkhidmatan imunisasi di mana-mana fasiliti kesihatan yang terdekat,” katanya lagi.

Penyakit difteria berlaku disebabkan jangkitan bakteria Corynebacterium diphtheriae yang boleh menyebabkan gejala sakit tekak dengan selaput di dalam tekak, bengkak tonsil dan kemungkinan berlaku komplikasi bacteremia (infeksi darah) dan endokarditis (infeksi pada jantung) sehingga menyebabkan kegagalan organ, yang seterusnya boleh membawa maut.

Pengambilan imunisasi difteria dapat mengelak daripada jangkitan atau terkena jangkitan serta gejala lebih ringan dan tiada komplikasi.

Sumber: KKM

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Featured Fri, 25 Mar 2022
Hiburan Thu, 29 Jan 2026

Golongan Usrah Dituduh Sokong Jenayah, Lufya Omar Tampil Bidas Netizen – “Jangan Pukul Sama Rata”

Menurut Lufya, kesalahan jenayah yang dilakukan oleh seorang individu tidak seharusnya mengheret nama pihak lain

Trending Thu, 20 Jan 2022

Pernah Kurang Keyakinan Diri Semasa Pertama Kali Dating, Gadis Ini Kongsi Tips Tampil Yakin!

Tak dinafikan, tampil yakin semasa temu janji pertama memainkan peranan penting. Hal ini kerana, first impression meninggalkan kesan positif terhadap individu yang kita temui. Walaupun begitu, ramai sebenarnya individu diluar sana yang masih berasa segan, […]

Hiburan Sun, 21 Sep 2025
Trending Thu, 9 Apr 2020

[Terkini] COVID-19: 109 Kes Baru, Jumlah Keseluruhan 67 Kes Kematian

Berikutan penularan wabak Coronavirus, KKM Putrajaya menerusi ciapan mengumumkan sebanyak 109 kes baru yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 4,228 kes. Manakala seramai 72 kes pesakit di ICU ( 43 pesakit […]

Hiburan Sat, 17 Aug 2024

Insiden Maid Bawa Lelaki Masuk Rumah, Isteri Dr Say Skeptikal Dengan Pembantu Negara Seberang

Dah anggap macam keluarga tapi lain yang jadi siapa tak trauma kan

error: Content is protected !!