Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 25, 2022 @ 1:17pm

“Termasuklah Korang Semua Yang Gigih DM Caci Maki Panggil Saya J**da Sun**…” – Dikecam Netizen Isu Memaafkan, Ini Penjelasan Syura

Penyanyi Syura Badron menyeru sesetengah pihak untuk berhenti menghantar pelbagai mesej kecaman dan makian yang digambarkan sangat melampau.

Difahamkan, lemparan tohmahan yang diterima Syura ini adalah berkaitan dengan kenyataannya yang telah memaafkan penyanyi Siti Nordiana atau Nana mengenai kontroversi kes saman mereka dan empat rakan yang lain.

“Bila keluar headline ‘Syura dah memaafkan’, anda terus kecam.

“Salah ke saya ‘memaafkan’ atas segala benda yang berlaku antara saya dan dia?

“Kita semua MANUSIA, bukan MALAIKAT! Kita semua takkan lari dari buat silap! Tak ada manusia yang PERFECT.

“Masing-masing ada buat salah, saya tak perlukan perkataan ‘maaf’ untuk memaafkan kesalahan orang terhadap saya.

“Termasuklah anda semua yang gigih DM CACI MAKI saya panggil saya J**da sun**.

“Tak apa, saya maafkan anda semua. Itulah maksud saya kenapa saya cakap ‘saya dah maafkan’,” tulisnya di ruangan Instagram Story.

Meninjau di ruangan media sosial Twitter, ramai dalam kalangan netizen yang meluahkan pendapat dan mendakwa situasi sebenar sudah terbalik kerana menurut mereka, Nana yang harus memaafkan bukan sebaliknya.

Rentetan pendapat netizen itu, Syura dipercayai menerima kecaman yang teruk daripada mereka yang meluahkan rasa tidak puas hati mengenai kenyataan maaf itu.

Artikel Berkaitan: “Saya Kenal Dia Semenjak Berusia 13 Tahun…” – Syura Dah Maafkan Siti Nordiana

Syura mengakui dia sangat penat dengan konflik yang berlaku ini dan memohon agar netizen berhenti mengecam dan tidak membuat andaian tersendiri kerana dipercayai akan mengeruhkan keadaan ‘tegang’ ini.

“Sudah-sudahlah kecam caci maki saya kat DM tu, jangan jadi manusia yang kononnya tahu segala perkara tentang masalah yang berlaku.

“Anda tak tahu kenapa mediasi kami tak berjaya, anda tak tau kenapa sampai sekarang kami tak buat permohonan maaf secara terbuka seperti yang diminta.

“Daripada anda dok maki, kecam buat tambah dosa, baiklah anda doakan kami semua.

“Doa untuk kedua-kedua belah pihak supaya masalah ini dapat diselesaikan dengan baik.

“Dahlah, penatla dengan benda ni serius penat,” luahnya.

Bagaimanapun, hantaran yang dikongsikan Syura di ruangan Instagram Story itu telah dipadamkan selepas beberapa jam ia dimuat naik.

Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo, Syura dan tiga rakan yang lain membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Nana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai tahun lalu.

Kes saman fitnah membabitkan Nana dengan lima sekawan ini bakal didengar di Mahkamah Tinggi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Nov 2024

Gara-Gara Anak Disamakan Dengan Binatang, Syifa Melvin Akhirnya Buat Laporan Polis

Syifa juga akan ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan selanjutnya.

Hiburan Fri, 24 May 2024
Featured Thu, 7 Apr 2022

“Salah Satu Cara Untuk Lepaskan Rindu…” – Ayu Damit Sedih Sambut Puasa & Raya Pertama Tanpa Bapa

Perit menanggung rindu orang yang dah tiada… Semoga Ayu tabah hadapi ujian ini

Featured Sun, 1 Feb 2026

Mawar Rashid Tepis Dakwaan Bakal Berkahwin Dengan Jejaka Brunei – “Salah Ibu Tunggal Kot”

Terkejut dengan gosip liar tersebut, Mawar menyifatkan dakwaan itu sebagai satu kekeliruan.

Fab Foodies! Tue, 11 Sep 2018

Jangan Stress Nak Kurus, Gadis Ini Hilang 17 Kg Lepas Amal Diet Sihat!

Nasi kena makan, tak perlu menyeksa diri dengan diet yang ketat. Ini cara efektif yang dikongsinya. Boleh cuba, Insha Allah menjadi guys! Ingat, jangan terlampau strict dengan diet nanti stress pula.

Featured Wed, 30 Nov 2022
Trending Fri, 1 Jun 2018

Ragui Kesetiaan Pegawai Kerajaan – Tun M

Ini mengganggu pentadbiran PH kerana kita ingin mentadbir ikut cara kita dan juga ikut manifesto kita…

Featured Sun, 29 Jun 2025

Muat Naik Foto Hitam Putih, Kapsyen Aliff Aziz Curi Perhatian – “Benci Untuk Marah, Saya Ambil Masa 2 Tahun Setengah Untuk Bertenang”

Pelakon Alif Aziz mencuri perhatian selepas berkongsi foto menerusi platform media sosial miliknya baru-baru ini.

Fab Foodies! Mon, 20 May 2019
error: Content is protected !!