Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 24, 2022 @ 7:44pm

“Saya Kenal Dia Semenjak Berusia 13 Tahun…” – Syura Dah Maafkan Siti Nordiana

Penyanyi, Syura Badron, 35, sudah memaafkan segala persengketaan yang terjadi antara dirinya dan penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 37.

Syura yang kini berdepan saman daripada Nana berlapang dada untuk memaafkan tetapi pelantun lagu Nazam Berkasih itu mengakui sukar untuk dirinya melupakan hal terjadi.

“Siapalah saya tak nak maafkan orang? Saya manusia biasa. Saya dengan dia bukan baru kenal, kami berkawan semenjak usia saya 13 tahun, dia pula pada waktu itu 15 tahun.

“Kami berkawan semenjak remaja. Nak memaafkan itu sentiasa ada dalam hati saya tetapi untuk melupakan, ia terlalu peribadi,” katanya.

Menurut Syura, dia bersama empat rakan lain iaitu Lan Solo dan isteri, Nur Sheila Hassim, pegawai perhubungan awam FMC, Sam Samin dan jurusolek Razidah Ahmad Senusi sudah cuba mencari jalan damai menerusi proses mediasi namun ia gagal.

“Untuk mencapai jalan damai, ia memerlukan persetujuan kedua-dua belah pihak. Pihak kami sendiri sudah terbuka untuk selesaikan perkara ini.

“Itu sebabnya kami menjalani proses mediasi dan sewaktu sesi itu dijalankan, kami sudah berbincang dan meluahkan segala-galanya. Namun, kata putus tak dapat dicapai.

“Jadi, kes ini masih berjalan dan kami teruskan sahaja. Namun, kalau kata sudah memaafkan atau memohon maaf, saya sendiri secara peribadi, sudah memaafkan segala apa yang terjadi.

“Cuma daripada pihak dia sendiri, saya tak tahu macam mana. Saya hanya memohon doa yang baik-baik, untuk saya, untuk kawan-kawan saya, untuk dia dan untuk semua,”‘katanya.

Isu membabitkan Nana bersama lima sekawan itu bermula apabila penyanyi itu memfailkan saman berjumlah RM2.5 juta pada 3 Ogos lalu.

Dalam saman terbabit, Nana menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook Live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah.

Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo, Syura dan tiga rakan yang lain membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Nana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai tahun lalu.

Kes saman fitnah membabitkan Nana dengan lima sekawan ini bakal didengar di Mahkamah Tinggi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 25 Jan 2022

Bertuah Badan! Mila Jirin Taja Majlis Sanding Datin Seri Heliza Helmi & Suami – “Segan, Hadiah Itu Besar Nilainya… Tapi Dia Bersungguh”

Penyanyi dan usahawan Mila Jirin bermurah hati menaja majlis persandingan rakan baiknya, penyanyi dan aktivis Datin Seri Heliza Helmi dan suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada Sabtu. Majlis yang mengangkat tema ‘Malam Islamik’ berlangsung […]

Hiburan Mon, 18 Mar 2024
Hiburan Thu, 30 Jan 2020
Drama Tue, 25 Mar 2025

Mahukan Kelainan… Penerbit Angkat Naskhah Adik Beradik, Tampil Elemen Thriller Dalam Rahsia Kelabu

Jaja Ishak mengangkat nashkah hubungan adik beradik dalam telefilem Rahsia Kelabu.

Hiburan Tue, 25 Jun 2019

’Ini Perkahwinan ‘Pertama’ Buat Saya’- Elly Mazlein Bakal Tinggalkan Status Ibu Tunggal

Kami doakan agar segala perancangan untuk berkahwin tahun depan dipermudahkan Allah SWT. Jangan lupa jemput kitaorang okay?

Trending Sat, 31 Jul 2021

SiTik Tok Raih 3 Juta Tontonan!

Drama bersiri slot Samarinda TV3, SiTik Tok yang baharu disiarkan minggu lalu telah berjaya mencapai 3 juta penonton dalam episod tiga yang disiarkan pada 27 Julai pada pukul 10 malam yang lalu (sumber: Nielsen). Drama […]

Hiburan Thu, 14 Nov 2019
Hiburan Mon, 27 Mar 2023
Hiburan Tue, 4 Jan 2022

Fedtri Yahya Tampil Dengan Bual Bicara ‘Aduan Jiwa’, Dalami Kisah Sebalik Tirai Kehidupan

Terbaharu di TV9, program bual bicara ADUAN JIWA yang dikendalikan oleh pengacara berpengalaman iaitu Ahmad Fedtri Yahya bakal bersua dengan para penonton bermula 2 Januari lalu, setiap hari Ahad, pukul 8.30 malam hingga 9.00 malam […]

error: Content is protected !!