Euforia Bola 2026
Filem By: Padin May 18, 2026 @ 9:20am

Trailer ‘Polong’ Buat Netizen Tak Senang Duduk, Ramai Akui Meremang!

Filem seram thriller tempatan Polong mula mencetuskan perhatian luar biasa di media sosial menjelang tayangan rasminya di pawagam. Selepas poster dan trailer rasmi dilancarkan pada 7 Mei lalu, ramai netizen tampil berkongsi reaksi yang rata-ratanya mengakui berasa seram, tidak selesa dan meremang hanya selepas menonton sedutan pendek filem tersebut.

Antara komen yang paling mencuri perhatian apabila ada netizen menyifatkan Polong sebagai filem yang wajib ditonton tahun ini. Malah, ramai juga mengakui trailer rasmi filem berkenaan sudah cukup membuatkan mereka rasa terganggu dan tidak senang duduk.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Primeworks Studios Film (@primeworksstudios.film)

“Baru tengok trailer pun dah rasa seram,” tulis seorang pengguna media sosial.

Seorang lagi pula berkongsi rasa teruja apabila meninggalkan komen, “Trailer dia memang buat bulu roma naik. Harap filem penuh nanti lagi padu dan tak menghampakan.”

Selain jalan cerita yang dilihat misteri dan gelap, aspek visual serta sinematografi Polong turut menerima pujian ramai. Ada yang menyifatkan filem itu mempunyai aura seram tersendiri selain berjaya menghidupkan elemen gangguan yang terasa lebih realistik.

“Ini baru rasa filem seram sebenar. Visual memang cantik dan lain daripada yang lain,” antara komen netizen yang turut dikongsi semula pengguna lain di media sosial.

Gabungan elemen horror, gore dan visual sinematik yang dipaparkan menerusi trailer rasmi turut menjadi topik hangat dalam kalangan peminat filem tempatan. Tidak kurang juga yang percaya Polong berpotensi muncul sebagai antara filem seram paling ‘keras’ tahun ini berdasarkan suasana gelap dan disturbing yang dipersembahkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bawa Watak Wartawan Jenayah, Mimi Lana Kongsi Cabaran Babak Mandi Darah Dalam Filem Polong

ARTIKEL BERKAITAN: Filem Polong Jadi Detik Bermakna Buat Mimi Lana, Teruja Dapat Bergandingan Dengan Nadiya Nisaa – “Saya Adore Sangat Dengan Dia”

Diarahkan Zulkarnain Azhar dan diterbitkan oleh Golden Star Pictures, filem ini turut mendapat sokongan pengedaran daripada 10 Star Cinemas serta kerjasama pemasaran bersama Primeworks Studios.

Barisan pelakon yang menghiasi filem ini termasuk Mimi Lana, Fad Anuar, Jun Lojong, Namron dan Nadiya Nisaa.

Polong mengangkat kisah Fatima, seorang wartawan yang berusaha membongkar rahsia silam seorang bomoh wanita bersiri bernama Maria Hadi. Dalam pencariannya, Fatima bukan sahaja menemukan pelbagai jenayah lama yang disembunyikan, malah tanpa sedar telah membebaskan satu entiti berbahaya yang pernah dipelihara dan cuba dikawal oleh Maria suatu ketika dahulu.

Kini, Polong terus mengundang rasa ingin tahu penonton menjelang tayangan rasmi di pawagam. Jika trailer sahaja sudah cukup membuat ramai meremang, sejauh mana pula gangguan sebenar yang bakal dirasai apabila filem itu mula menghantui pawagam nanti?

Polong bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 28 Mei 2026.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 30 May 2025
Hiburan Fri, 5 Jul 2019
Hiburan Thu, 12 Oct 2023
Featured Mon, 21 Feb 2022
Hiburan Fri, 15 Aug 2025

Sophia Albarakbah Bangkit Lawan Emosi, Terus Fokus Kerjaya Walau Dihentam Netizen

Sophia Albarakbah rasa tak selamat keluar berseorangan

Hiburan Wed, 31 Jan 2024

Walau Tak Jadi Kahwin, Syafiq Kyle & Mimi Lana Kekal Profesional Jadi Kawan Baik

Bestfriend sampai bila bila! Apapun, kita doa yang baik baik ok

Hiburan Tue, 7 May 2019

Bengang Dengan Bekas Suami, Ezlyn Bagi Amaran Bayar Hutang!

Dia boleh tuduh Siti Saleha pulak, kesian budak tu tak pasal dia kena!

Trending Sun, 18 Oct 2020

Jom Throwback’ 5 Benda Yang ‘IN’ Masa PKPB Lepas

Kreatif betul rakyat Malaysia ni kan

error: Content is protected !!