Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 16, 2024 @ 7:48pm

“Terpulang Kalau Dia Fikir Itu Aib, Saya Hanya Nak Beri Inspirasi Pada Orang” – Dedah Tragedi ‘Hitam’ Adik, Sharif Zero Minta Maaf Pada Atu

Pelawak dan pengacara, Sharif Zero tampil memberi respons berhubung kenyataan adiknya, Atu Zero yang menganggap pendedahan mengenai dirinya dalam sebuah podcast sebagai satu aib.

Ketika ditemui XTRA, Syarif menjelaskan bahawa niatnya hanya untuk berkongsi cerita yang berkemungkinan boleh memberi inspirasi kepada penonton podcast tersebut.

“Niat saya hanya nak beri inspirasi, tapi disalah anggap. Kalau dia fikir itu adalah aib, saya tak boleh nak salahkan dia. Dia berhak untuk bersuara.

“Cerita mengenai kehidupan saya tak menarik. Saya kaki lepak di kampung. Jadi saya rasa pengalaman dia itu bagus untuk saya kongsi dengan orang. Tapi kalau dia fikir benda itu mengaibkan dia, saya minta maaf.

“Tapi bagi saya kalau hal-hal  keluarga biar kita bincang sesama kita, tak perlu nak heboh di media sosial,” katanya.

Bagaimanapun, Syarif berkata dia dan Atu tiada masalah dan masih berhubung seperti biasa.

“Kami okay sahaja tak ada apa-apa masalah. Kami ada berhubung. Mungkin sebab kami tak bersama dalam podcast tu, sebelum ini okay saja,” katanya.

Dalam pada itu, Syarif juga meluahkan rasa bangga terhadap adiknya yang melalui detik-detik ‘gelap’ tersebut dalam kehidupannya.

“Cerita itu apa yang saya dengar dari dia, apa yang dia kongsikan dengan kami. Takkan saya nak buruk-burukkan adik saya. Saya bangga dengan apa yang dia lalui.

“Kalau dia terasa, lepas ni saya cerita pasal saya sajalah. Saya tak merajuk. Kalau kita tengok podcast dia pun, ada juga dia cerita pasal kami. tapi kami okay,” akhirnya.

Sebelum ini, menerusi podcast Raja Lawak Podcast, Sharif berkata Atu pernah lari dari kampung ke Kuala Lumpur sehingga menjadi gelandangan.

Artikel Berkaitan: Pernah Lari Dari Keluarga, Sharif Dedah Atu Zero Jadi Gelandangan… Hampir Terbabit Dengan Dadah?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Figura Mon, 8 Jan 2024

Najib Mahu Filem ‘Man On The Run’ Dilarang Tayang Di Malaysia

Filem Man On The Run ditayangkan di Netflix sejak Oktober lalu

Events Mon, 2 Dec 2019
Hiburan Sat, 29 Mar 2025

Giliran Fattah Amin Pula Komen Emoji Hati Biru Di Hantaran Media Sosial Amira Othman

Fattah turut meluahkan rasa syukur, selain turut meninggalkan emoji hati berwarna biru

Hiburan Thu, 23 Apr 2020
Events Fri, 21 Jun 2019

I Can See Your Voice Musim Kedua Lebih Mencabar?

Jangan ketinggalan untuk saksikan ICSYVMY musim kedua pada AHAD Ini!

Featured Wed, 16 Nov 2022

Dikhabarkan Mengajar Kelas Taranum, Ini Penjelasan Syafinaz Selamat

Wah inisiatif yang bagus untuk timba ilmu baru

Hiburan Tue, 15 May 2018

Rumit! Armin Pasang Syarat Untuk Cerai

Saya bersetuju untuk bercerai dengan baik tetapi dengan syarat saya dibenarkan untuk bertemu anak-anak saya…

Hiburan Mon, 2 Oct 2023

Individu Dakwa Penulis Lirik Lagu Malam Pagi Tiada Iman, Kotor & Jijik

Alamak! Tapi dah jadi siulan ramai..budak sekarang pun pandai nyanyi ok!

Trending Thu, 25 Jan 2018

110公斤胖美人渡边直美「女孩都有值得欣赏的美」

有一种自信,叫渡边直美!这位来自日本最红的女谐星,从不会受到自己的体重和外形而感到自卑,因为她知道“自信就是美丽!”

error: Content is protected !!