Euforia Bola 2026
Figura By: Khairil Khusyairi January 8, 2024 @ 5:54pm

Najib Mahu Filem ‘Man On The Run’ Dilarang Tayang Di Malaysia

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi peguamnya, memohon pihak pendakwaan mengambil tindakan segera dengan mengarahkan perkhidmatan penstriman Netflix, mengeluarkan filem dokumentari Man On The Run yang sedang ditayangkan di negara ini.

Menurut laporan Berita Harian, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, ketika memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, mendakwa dokumentari berdurasi satu jam 38 minit itu sangat subjudis terhadap anak guamnya kerana perbicaraan 1MDB sedang berjalan, dan pendakwaan terikat dengan tanggungjawab untuk mengambil tindakan segera.

Muhammad Shafee berkata, apa yang lebih serius lagi adalah, Tommy turut membuat kesimpulan sendiri berhubung kes itu di luar mahkamah, dalam dokumentari berkenaan.

Peguam itu turut melahirkan rasa terkejut kerana pegawai penyiasat sendiri tidak tahu mengenai dokumentari terbabit.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, berkata beliau hanya mengetahui mengenainya dan perlu menonton dokumentari berkenaan terlebih dahulu, sebelum melaporkan kepada Peguam Negara dan mendapatkan arahan lanjut.

Ahmad Akram berkata, pihak pembelaan juga perlu menulis surat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Muhammad Shafee berkata, beliau akan menulis surat kepada kedua-dua agensi itu secepat mungkin.

Katanya beliau juga akan memfailkan permohonan untuk meneruskan prosiding pengkomitan (menghina mahkamah) terhadap bekas Peguam Thomas dan tindakan saman terhadap Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Man on the Run ialah dokumentari yang diarahkan, ditulis dan diterbitkan oleh Cassius Michael Kim, berkisar mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang ditayangkan di negara ini pada 19 Oktober tahun lalu.

Ia turut memaparkan temubual Najib yang menafikan pembabitan dalam skandal terbabit, selain temu bual dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

ARTIKEL BERKAITAN: 100% Lulus… Man On The Run Ditayangkan Tanpa Potongan LPF

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 19 Jun 2026

Kebangkitan Filem Seram Terus Mendominasi, Khadam Kutip RM2.6 Juta Selepas 7 Hari Tayangan

Filem tempatan nampaknya terus rancak mencatatkan dominasi di pawagam sekali gus mencipta momentum positif.

Featured Sat, 6 Sep 2025
Hiburan Thu, 11 Jul 2019
Hiburan Sun, 14 Oct 2018

Projek Baru? Tunggu Dulu, HUJAN Nak Rehat

Paling tak boleh lupa, Hujan pernah dua hari tak tidur demi memastikan konsert ini berjalan lancar. Pendek kata, persiapan konsert kali ini memang dasyat!

Featured Fri, 22 May 2026

Yusry Sebak Imbas Momen ‘Gagal’ Pergi Haji Bersama Isteri Tercinta

Datuk Yusry Abdul Halim sebak ketika berkongsi mengenai ujian yang terpaksa dilalui apabila tidak dapat menunaikan ibadah haji bersama isteri tercinta, Datin Lisa Surihani.

Hiburan Tue, 26 Mar 2019

4,000 Peminat Banjiri Stadium Axiata Arena Demi Ong Seong Wu

Peminat mesti fanatik jumpa oppa diorang kan?

error: Content is protected !!