Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 31, 2024 @ 1:14pm

Walau Tak Jadi Kahwin, Syafiq Kyle & Mimi Lana Kekal Profesional Jadi Kawan Baik

Pengurus pelakon Syafiq Kyle dan bekas tunangnya, Mimi Lana iaitu Iman Tang memaklumkan hubungan kedua-dua selebriti itu sehingga kini masih berkawan.

Jelas Iman Tang, dia menjadi saksi persahabatan antara Syafiq dan Mimi tetap utuh meskipun tidak melangsungkan perkahwinan yang dirancangkan pada 18 Ogos tahun lalu.

“Meskipun mereka tidak jadi berkahwin, tapi tidak bermakna mereka bermusuh atau bergaduh. Saya boleh sahkan perkara ini kerana waktu kejadian (pembatalan dibuat) saya ada bersama mereka.

“Memang tiada masalah dan sehingga hari ini mereka masih berkawan. Malah hari ini pun mereka berdua baharu saja selesai menjalani sesi fotografi untuk mempromosikan pakaian raya untuk satu jenama tempatan,” katanya.

Menurut pengurusnya lagi, dia tidak mempunyai masalah sekiranya Syafiq dan Mimi mahu kembali menjalin hubungan cinta bersama.

Bagaimanapun, dia berharap agar ramai pihak memberikan ruang kepada kedua-dua bintang terkenal itu yang kini sibuk dengan kerjaya masing-masing.

“Ya sudah tentu saya gembira dan restu, lagipun ia untuk kebaikan dan mendirikan masjid adalah perkara yang baik dalam Islam.

“Saya selalu berjumpa dengan mereka, tapi tak pernah bertanya mengenai hala tuju hubungan mereka dengan lebih mendalam.

“Bagi saya, biar mereka fokus dengan kerja dulu. Mungkin dalam kesibukan bekerja itu ada bibit cinta dan perasaan untuk kembali bersama,” ujarnya lagi.

Semalam, Syafiq dan Mimi berkongsi foto memakai pakaian tradisional sedondon berona biru menarik perhatian ramai mendakwa mereka kembali bercinta.

Terdahulu, heboh di media sosial apabila majlis pernikahan Syafiq dan Mimi yang dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos tahun lalu dibatalkan beberapa hari sebelum majlis berlangsung.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 4 Feb 2023
Featured Tue, 9 May 2023
Hiburan Thu, 24 Mar 2022
Featured Sun, 2 Oct 2022

Genap 5 Bulan, Mira Filzah Kongsi Gambar Anak 

MasyaAllah, comelnya Amir 🥰🥰 Copy paste Mira Filzah sangat nii 🤩🤩 Semoga membesar dengan sihat sayang ❤️

Events Thu, 20 Mar 2025

Selepas 7 Tahun, Shahrol & Ajak ‘Comeback’ Di Pentas Temasya Komedi Rakyat

Shahrol dan Ajak mengaku tidak wujud perasaan kekok apabila digandingkan bersama menerusi pentas Temasya Komedi Rakyat

Hiburan Sat, 7 Feb 2026

Cerai, Lari Ke PD & Jumpa Cinta Baharu! Zara Zya ‘Bergaduh Manja’ Dengan Jazmy Juma Dalam Namamu Cinta

Saksikan Namamu Cinta bermula 14 Februari ini, setiap Sabtu dan Ahad, eksklusif di Tonton.

error: Content is protected !!