Euforia Bola 2026
Kes Mahkamah By: Khairil Khusyairi June 7, 2024 @ 2:36pm

Ibu Bapa Zayn Rayyan Dalam Keadaan Tertekan, Menangis… Ulang Kali Tegaskan Pembunuh Masih Di Luar

Ibu bapa kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin dikatakan berada dalam keadaan tertekan.

Menurut laporan Berita Harian, ibu bapa Zayn Rayyan juga berulang kali menegaskan pembunuh sebenar masih berada di luar.

Perkara tersebut diberitahu oleh peguam kepada ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, Ilyani Khuszairy ketika permohonan sambung reman di hadapan Majistret Ainaa Muhamad Kamal.

“Kedua-dua pihak (ibu bapa Zayn) berada dalam keadaan yang sangat-sangat tertekan, dapat tengok muka dia, menangis ketika bertanya-tanya soalan dan sering mengatakan bahawa pembunuh sebenarnya ada di luar.

“Mereka dalam tekanan dan berharap supaya kes ini dapat diselesaikan secara baik dan siasatan dapat dijalankan secara telus dan adil, keadilan terhadap arwah anak mereka dapat dicapai,” katanya ditemui di pekarangan mahkamah, hari ini.

Ilyani berkata, surat juga sudah dihantar kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk berjumpa ibu bapa Zayn Rayyan namun belum dapat jawapan.

“Mak Zayn Rayyan sihat, cuma sama juga sangat tertekan dan sedih, cakap pun tak banyak, mungkin masih lagi dalam keadaan terkejut dan tertekan semasa berada dalam tujuh hari reman,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi peguam yang mewakili mereka, Fahmi Abd Moin berkata, kedua-dua anak guamnya memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk menyelesaikan kes itu dan mencari keadilan untuk anak mereka.

“Buat masa ini tiada lagi permohonan untuk pemeriksaan psikologi, pihak kami juga memohon kepada pihak mahkamah tadi untuk berjumpa dengan anak guam ketika dalam reman enam hari,” katanya.

,Mahkamah Majistret hari ini membenarkan permohonan sambung reman selama enam hari terhadap ibu bapa kepada Zayn Rayyan bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu.

Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan akan memohon untuk menyambung reman kedua ibu bapa Zayn Rayyan bagi meneruskan siasatan.

Pada 5 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang di Damansara Damai di sini sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokan harinya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan kerana mempertahankan diri, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Situasi Di Luar Mahkamah Kecoh, Bapa Zayn Rayyan Sempat Jerit “Saya Dianiaya, Ini Semua Fitnah”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Bapa Arwah Adik Zayn Rayyan Diberkas

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Zayn Rayyan: Atas Faktor Tertentu, Peguam Ibu Bapa Mangsa Tarik Diri

ARTIKEL BERKAITAN: “Semoga Hidup Pelaku Tak Tenteram Setiap Saat” – Bapa Zayn Rayyan

ARTIKEL BERKAITAN: “Bila Tengok Video Lama, Rasa Macam Tak Percaya Betul Ke Anak Aku Dah Pergi” – Ibu Zayn Rayyan

ARTIKEL BERKAITAN: “Jumpa Lagi Ya Abang, Mommy Rindu Sangat… Maafkan Mommy” – Ibu Zayn Rayyan

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 13 Sep 2025
Featured Sat, 27 Jan 2024

Amylea Bengang Individu Petik Kisah Arwah Bapa Untuk Jual Insurans? -“Yang Komen Pun Bahlul!”

Mintalah permission dulu sebelum nak pakai keratan akhbar tu…. tak pasal-pasal lah!

Hiburan Tue, 19 Jun 2018

Tahniah! Elvina Mohamad Bakal Jadi Ibu

Tulisnya, dia mengucapkan kesyukuran dan turut berterima kasih buat semua yang mendoakannya bersama suami. Alhamdulillah…Tahniah Elvina dan suami!

Featured Wed, 13 Nov 2024

Tak Alami Alahan Teruk, Maryam Durian Kimchi Suka Makan Nasi Kandar – “Sebelum Ni Saya Tak Suka Makan Kari”

Sepanjang kehamilannya ini, dia tidak mengalami sebarang alahan teruk sebaliknya gemar makan nasi kandar dan nasi kukus.

Featured Sat, 14 Feb 2026

“Jangan Sesekali Sakitkan Dia, Jangan Sesekali Nayakan Dia” – Bodyguard Fazura Titip Pesanan Pada Que Haidar?

Que kelihatan mengucapkan syukur di atas kolaborasi yang diberikan bagaimanapun, respons yang ditinggalkan oleh pengawal peribadi selebriti popular, Nur Fazura itu menyorot perhatian ramai.

Trending Mon, 30 Dec 2019
error: Content is protected !!