Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 23, 2024 @ 6:17pm

Berpeluk Cium Pipi Dengan Zarina Zainuddin, Kini Ira Kazar Dilantik Jadi Duta Produk Aliff Syukri! Luah Nak Jadi Penyanyi Pula?

Kemunculan Ira Kazar pada sepotong video pendek yang dimuat naik pelakon, Zarina Zainuddin menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya ternyata mencuri perhatian.

Menerusi perkongsian tersebut, Ira yang kelihatan berwajah ceria dan gembira disamping Zarina kelihatan saling berpelukan dan mencium pipi anatra satu sama lain sebelum aktres itu bertanyakan kepada Ira sama ada dia berminat untuk berlakon ataupun menyanyi.

“Ira nak jadi pelakon tak? Mana tau in future ke?,” soal Zarina.

Namun, Ira atau nama penuhnya, Faghirah Fatini Kazaruddin menjelaskan bahawa dia tidak berminat untuk menjadi pelakon sebaliknya mahu menjadi penyanyi.

” Tak kot… saya lebih suka menyanyi. Bolhe menyanyi sikit-sikit,” balas Ira.

Sementara itu, menerusi kapsyen yang tertulis, Zarina memaklumkan bahawa dia dan Ira Kazar dilantik menjadi duta terbaru produk kecantikan yang dikeluarkan oleh usahawan selebriti, Datuk Aliff Syukri.

“Assalamualaikum, bersama dengan saya hari ini adalah duta terbaru @dherbsholdinghq @aliffsyukriterlajaklaris,” kongsinya.

Dalam pada itu, Zarina sempat menitipkan kata-kata semangat buat Ira dek kerana kontroversi membabitkan kes perceraiannya bersama pengarah Syamsul Yusof yang dijadualkan akan berlangsung pada Selasa depan.

“Semoga Ira terus kuat menatl dan fizikal… Doakan semoga Allah permudahkan segalanya,” titippnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Anugerah Mon, 6 Feb 2023

AJL 37: Mahu Penonton ‘Sengsara’, Khai Bahar Bakal Tonjolkan Elemen Seram Dalam Persembahan?

Alamak! Seram dengar.. Jangan lupa Tengok AJL37 12 februari depan

Hiburan Tue, 7 Nov 2023
Hiburan Fri, 10 Aug 2018
Hiburan Mon, 16 Mar 2026

Phantom Lawyer Tampil Dengan Kisah Guaman Luar Biasa Di Tonton Mulai 13 Mac

Drama arahan Shin Joong Hoon ini menampilkan barisan pelakon popular seperti Yoo Yeon Seok, Esom, Kim Kyung Nam, Jun Suk Ho dan Kim Mi Kyung.

Hiburan Sat, 17 May 2025
Hiburan Fri, 3 Jul 2026

Abby Abadi Tegur Norman Hakim, Minta Jangan Beria Tunjuk Jadi Bapa Mithali

Abby menegur Norman agar tidak perlu menunjukkan seolah-olah menjadi bapa mithali

Hiburan Fri, 25 Jan 2019

It’s Gong Xi RIUH This Weekend at the Gasket Alley

There will be a bunch of special shows too!

error: Content is protected !!