Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 29, 2025 @ 12:59pm

Muat Naik Foto Hitam Putih, Kapsyen Aliff Aziz Curi Perhatian – “Benci Untuk Marah, Saya Ambil Masa 2 Tahun Setengah Untuk Bertenang”

Pelakon Alif Aziz mencuri perhatian selepas berkongsi foto menerusi platform media sosial miliknya baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di ruangan Instagram Story, Alif telah memuat naik fotonya yang kelihatan sedang menaiki sebauh kenderaan mewah beserta kapsyen yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

“Saya benci untuk marah, saya ambil masa 2 tahun setengah untuk bertenang,” katanya.

Meskipun tidak menjelaskan secara lanjut, namun kapsyen itu seolah-olah mewakili perasaannya.

Terdahulu, tindakan Alif yang kelihatan sering berbalas komen dan emoji bersama Ruhainies menerusi hantaran yang dibuat aktres itu di media sosial miliknya menerima pelbagai respons dalam kalangan peminat.

Malah, ramai yang berharap Alif dan Ruhainies segera mendirikan rumah tangga memandangkan kedua-duanya didakwa kelihatan mesra dan sering keluar makan malam bersama.

Sekadar info, pada 20 Jun tahun lalu, pasangan selebriti itu dilihat hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi menyambung proses bon jaminan berkaitan kes yang dikatakan berlaku di sebuah kondominium eksklusif di tengah ibu kota.

Laporan media ketika itu menyebut seorang pelakon lelaki bergelar suami orang dan pasangannya, seorang aktres popular, ditahan selepas disyaki tinggal bersama di kediaman mewah tersebut.

Difahamkan, serbuan dilakukan oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Pasangan yang ketika itu sedang sibuk dengan komitmen penggambaran drama, dipercayai dicekup di unit kondominium milik pelakon wanita berkenaan.

Susulan kejadian hangat itu, Aliff dan Ruhainies segera tampil memberikan penjelasan masing-masing menerusi hantaran di Instagram dalam usaha meredakan kontroversi yang tercetus.

Aliff kemudiannya menegaskan, tiada sebarang perkara sumbang berlaku antara dirinya dan Ruhainies sewaktu serbuan dilakukan oleh pihak berkuasa agama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 1 Aug 2019
Featured Sat, 11 Mar 2023
Featured Mon, 26 May 2025

“Orang Mana Utara Ke Selatan” – Ustaz Azhar Idrus Sakat Syed Saddiq, Tanya Bila Nak Hidup Berdua

UAI mengusik Syed Saddiq ketika hadir pada sebuah acara baru-baru ini.

Trending Mon, 16 Aug 2021

Sokong Jenama Lokal, Yuna Bantu Usahawan Tempatan

Penyanyi Malaysia yang menempa nama di persada antarabangsa, Yuna dikenali sebagai penyokong tegar jenama tempatan. Biarpun membina kerjaya di luar negara, Yuna tidak lupa untuk memberikan sokongan kepada usahawan lokal. “Ramai yang tahu saya memang […]

Hiburan Thu, 5 Sep 2019

Caprice Tawar RM30K?

Sama-sama kita mendoakan semoga Caprice sentiasa dalam lindunganNya.

LIFESTYLE Tue, 4 Dec 2018

Nak Panjangkan Bulu Mata Atau Lentikkan, Jom Baca Ni.

Nak tampil lebih muda, lebih segar dan lebih vibrant apa kata cuba tips ini

Hiburan Fri, 22 Nov 2024

Misha Omar Cari Penyanyi Lelaki Berusia 21 Tahun Ke Atas, Ajak Nyanyi Bersama Di Showcase Back To Basic

Misha Omar cari penyanyi lelaki berusia 21 tahun ke atas menyanyi di Showcase Back To Basic

Featured Wed, 30 Aug 2023

Emma Maembong ‘Ready’ Hamil Anak Ketiga – “Saya Tak Kisah Beranak Tiap Tahun”

Takpe anak emma semua segak-segak aih! Geram tengok🤩🤩🤩

error: Content is protected !!