Euforia Bola 2026
Trending By: Padin August 16, 2021 @ 1:35pm

Sokong Jenama Lokal, Yuna Bantu Usahawan Tempatan

Penyanyi Malaysia yang menempa nama di persada antarabangsa, Yuna dikenali sebagai penyokong tegar jenama tempatan.

Biarpun membina kerjaya di luar negara, Yuna tidak lupa untuk memberikan sokongan kepada usahawan lokal.

“Ramai yang tahu saya memang gemarkan jenama-jenama tempatan sama ada kecil atau besar sejak dari dahulu lagi. Saya akan kongsikannya dengan keluarga dan peminat, tapi saya rasa cara itu masih belum lagi boleh dianggap menyeluruh.

“Dewasa ini, banyak usahawan tempatan mengalami kekangan kewangan dalam memastikan perniagaan mereka terus berkembang,” katanya.

Menjadi wajah rasmi myIOU yang dikelokakan oleh IOUpay (ASX:IOU), sebuah syarikat fintech dan kewangan digital, Yuna menzahirkan sokongannya kepada jenama tempatan menerusi cara tersendiri.

myIOU adalah servis perkhidmatan kewangan terbaru yang menawarkan khidmat Beli Sekarang Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later) sesuai dan mudah untuk para peniaga dan usahawan atas talian dengan adanya pilihan pembayaran fleksibel yang pasti akan menarik ramai pelanggan dan pengguna.

“Saya amat menyokong perniagaan anak tempatan dan saya sudah lama berhasrat mahu memainkan peranan yang lebih besar dari sebelum ini.

“Saya mahu lihat lebih banyak perniagaan anak tempatan mengambil peluang keemasan ini turut serta menggunakan kemudahan perniagaan atas talian melalui myIOU.

“Ini akan dapat membantu lebih banyak usahawan-usahawan untuk terus berkembang dalam menjana pendapat semasa dan selepas musim pandemik ini,” katanya lagi.

Dalam perkembangan terkini, Yuna kembali rancak merencana pembikinan album baharu yang bakal muncul tidak lama lagi.

“Saya akan kembali ke Los Angeles dan meneruskan kerja-kerja pembikinan album terbaru saya. Insya-Allah, ia akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

“Saya juga akan cuba untuk berulang-alik ke Malaysia demi memastikan kesejahteraan keluarga saya sentiasa terpelihara,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 16 Mar 2021

Operasi Bazar Ramadan, Aidilfitri & Solat Terawih Dibenarkan Di Seluruh Negara

Berita gembira buat semua sempena ramadan ini! Alhamdulillah.

Hiburan Wed, 20 Dec 2023

Imran Aqil & Dahlia Rizal Adakan Lima Kali Majlis Resepsi, Rupanya Gara-Gara…

Ohh patut lah yang penting meriah semua majlis resepsi Imran & Dahlia

Featured Tue, 29 Nov 2022
Featured Thu, 26 Feb 2026

“Kita Tidur Bersama Dan Ini Pelukan Terakhir Untukmu” – Muat Naik Foto Bersama Arwah Andre Mikhail, Amyza Aznan Undang Sebak

Pelakon dan pelawak, Amyza Aznan mengundang sebak apabila berkongsi foto memperlihatkan dia memeluk jenazah anaknya, Allahyarham Andre Mikhail yang menghembuskan nafas terkahirnya pada Isnin lalu.

Featured Mon, 23 Jun 2025

Rahmad Mega Menangis, Anak Istimewa Meninggal Dunia

Penyanyi Rahmad Mega gagal menahan sebak selepas memaklumkan anak istimewanya, Nur Ara Elisya,15, telah meninggal dunia.

error: Content is protected !!