Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 16, 2022 @ 4:06pm

“Tu Tanggungjawab B*ngok… Pandai Buat, Pandailah Tanggung!” – Dikata ‘Over’ Puji Suami, Ini Respons Elisya Sandha

Semenjak hadirnya cahaya mata sulung pasangan Elisya Sandha dan Uzair Haqimy yang diberi nama Bunga Elhaq, aktres itu dilihat begitu gembira malah seringkali memberi ucapan penghargaan buat suaminya menerusi beberapa hantaran di Instagram.

Namun, tindakan Elisya itu nampaknya menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet yang mengatakan dirinya ‘over’.

Malah, netizen menyifatkan pengorbanan waktu tidur dan cara penjagaan anak itu sememangnya perkara normal yang dilakukan oleh pasangan yang baru sahaja menerima kehadiran cahaya mata.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Enggan mengambil pusing perkara remeh yang dibangkitkan warganet, Elisya lebih senang mengambil langkah berdiam diri dari mengendahkan kecaman tersebut.

Menurutnya, selagi mana perkongsiannya itu tidak bersifat negatif maka, ia bukanlah satu hal yang besar yang harus difikirkan oleh beliau dan keluarga.

“Jadi, saya bukan mahu mendabik dada dan memeningkan kepala memikirkan kata sinis netizen atau yang berbaur negatif. Saya tak memerlukan justikasi mereka dalam hal ini.

“Saya juga percaya ruang menulis dan berkongsi apa saja bentuk perkongsian di media sosial tidak memerlukan pandangan mereka.

“Saya anggap luahan itu adalah bentuk dedikasi jujur. Mereka juga boleh melakukan perkara sama. Tapi ia terpulang kepada terjemahan org lain yang mungkin fikir ia seperti poyo atau apa saja tafsiran negatif,” katanya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)

 

Terdahulu, Elisya atau nama sebenarnya, Nur Elisya Hassan, 23, bersama suami dan pihak keluarga telah mengadakan majlis aqiqah anak perempuannya pada Hari Raya Aidiladha yang lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:Elisya Sandha Selamat Lahirkan Puteri Sulung, Beri Nama Bunga El Haq

ARTIKEL BERKAITAN:Menanti Hari Bersalin, Elisya Sandha Tayang Jam Tangan Mewah Pemberian Suami Sempena Birthday… Sweet Sungguh!

ARTIKEL BERKAITAN:Bakal Dapat Baby Girl, Elisya Sandha Harap Dapat Bersalin Secara Normal – “Kalau Boleh Saya & Suami ‘Go With The Flow’…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Simple But Nice” – Berbaju Kurung Kedah Di Malam Berinai, Cantiknya Elisya Sandha!

 

 

Sumber: Twitter, Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 20 Apr 2018

Dikecam Kerana Menghadiri Pesta Muzik Coachella, Kylie Jenner Kongsi Gambar Anak Comelnya

Anda tengok sendiri, gerenti hati anda akan berbunga-bunga. Rasa macam nak gigit!

Fab Foodies! Tue, 11 Dec 2018

Watch the New Year Fireworks from DoubleTree Hilton Kuala Lumpur

It’ll be a great way to enjoy the view but still be away from the crowd.

Hiburan Wed, 24 Sep 2025
Drama Mon, 7 Apr 2025

Siti Hariesa Cari ‘Isteri’ Baharu Untuk Jazmy Juma?

Saksikan drama Calon Isteri Buat Suami setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam

Hiburan Wed, 1 Aug 2018

Layarlah Kembali Momen Filem Pulang Anda Bersama Dayang Nurfaizah

Bagi sesiapa sahaja yang telah menyaksikan filem Pulang pastinya anda bukan sahaja dapat menghayati setiap pengorbanan dalam cerita ini, malah turut terbuai dengan kelunakan suara Dayang Nurfaizah menerusi lagu Layarlah Kembali bukan?

error: Content is protected !!