Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 8, 2022 @ 3:13pm

[VIDEO] “Bila Saya Terhegeh? Norman Yang Selalu Datang Rumah..” – Kerap Jumpa Bekas Suami, Abby Abadi Tepis Dakwaan Belum ‘Move On’

Hubungan pasangan pelakon, Abby Abadi dan bekas suaminya, Norman Hakim dilihat baik sejak kedua-duanya mengambil keputusan untuk bercerai.

Malah, kedua-dua pasangan ini sangat rapat antara satu sama lain apabila kerap dilihat menghabiskan masa bersama-sama keluarga masing-masing.

Namun, dalam keakraban silaturahim yang terjalin antara kedua-dua keluarga ini, ada pula segelintir pihak yang nampaknya kurang senang sehingga menuduh bekas ahli kumpulan Elite ini tidak pernah ‘move on’ dari bekas suaminya.

Bagaimanapun, Abby dilihat sempat membalas komen tersebut dan memaklumkan, bekas suaminya itu selalu datang ke rumah untuk mengambil atau berjumpa dengan anak-anaknya sahaja.

“Lain kali cakap siang pandang-pandang. Jangan main terjah je. Tak pernah pun saya nak heran nak ada selalu dengan Norman tu ye.

“Norman tu yang selalu datang rumah saya ambil anak-anak dia, jumpa anak-anak dia. Raya pun diorang datang rumah kita. Kita selalu dengan Memey je.

“Awak malu-malu sikit ye kalau nak tuduh-tuduh. Jangan main sembur je. Mati tak sempat nak minta maaf nanti. Susah kat Masyar tau,” tulisnya.

Perkara itu dikongsi Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 45, menerusi akaun Tik Tok miliknya.

 

Sementara itu, dalam perkongsian video yang berlainan pula, Abby sempat mengingatkan pengikutnya agar berhenti bersangka buruk kerana ia perbuatan yang tidak baik dan berdosa apatah lagi bila ada yang berasa kasihan terhadap suaminya, Mohd Faizal Zakaria.

@abbyabadi112 Balas kepada @yusit84 tarik nafassss.. lepass! Berhenti bersangka2.. tak baik, dosa. Jaga diri k. Jangan buang masa fikirkan perkara2 yg tak bermanfaat buat diri & keluarga.. fihifzillah 😇☺️ #abbyabadi @jaiezzany @normanhakim_786 ♬ Belum Siap Kehilangan – Afiq Adnan

 

Terdahulu,  pasangan Abby Abadi dan Norman Hakim pernah berkahwin pada tahun 2002 namun akhirnya mengambil keputusan untuk bercerai sekitar tahun 2009. Hasil perkahwinan pasangan ini dikurniakan dengan tiga cahaya mata iaitu, Mohamed Danish Hakim, Marissa Dannia Hakim dan Danisha Hakim.

 

Sumber: Tik Tok, Rotikaya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 29 Aug 2023
Trending Sun, 6 Dec 2020
Hiburan Mon, 7 Apr 2025

Erra Fazira Dah Bawa Mr. E Jumpa Ibu & Keluarga Terdekat  – “Semuanya Masih Baru & Indah”

Erra Fazira nikmati momen manis bersama Mr. E, enggan terburu-buru

Hiburan Thu, 4 Apr 2019

中田英寿——为世界带来清酒!

中田英寿:从「日本球王」到最具有国际范的顶级日本酒的第二人生。

Featured Tue, 26 Oct 2021
Hiburan Mon, 2 Feb 2026

Sarat Nilai Spiritual, Farel Prayoga Kembali Dengan Single Baharu HambaMu

Farel Prayoga kembali dengan single baharu HambaMu yang sarat mesej keinsafan dan penghayatan.

Hiburan Sun, 24 Jun 2018

John Legend, Tayang T**** Isteri

Tindakan isteri kepada penyanyi terkenal itu adalah sesuatu yang berani. Ini kerana, Chrissy Teigen juga pernah melakukan pose bogel beliau dan menayang sebahagian payudaranya itu dianggap sesuatu yang biasa buat dirinya

Hiburan Fri, 16 Aug 2019

Jalan Licin, Kereta Afieq Shazwan Terbabas Di Lebuh Raya!

Berkongsi pengalaman cemas semalam, kereta Afieq tiba-tiba terbabas di tengah jalan akibat jalan licin ketika hujan. 

error: Content is protected !!