Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 2, 2026 @ 11:36pm

Sarat Nilai Spiritual, Farel Prayoga Kembali Dengan Single Baharu HambaMu

Selepas mencuri perhatian pendengar menerusi lagu Lemak Manis, penyanyi muda dari Indonesia, Farel Prayoga kembali mempertaruhkan karya terbaharu berjudul HambaMu yang dilancarkan secara rasmi hari ini di semua platform digital. Single ini merupakan pelancaran rasmi kedua Farel untuk pasaran Malaysia dan dianggap sebagai satu fasa penting dalam perkembangan kerjaya seninya yang semakin matang.

HambaMu hadir sebagai sebuah lagu bernuansa spiritual yang mengangkat penghayatan mendalam, hasil sentuhan komposisi muzik oleh Ippo Hafiz dan lirik ciptaan Alif. Diterbitkan oleh Indigital Music, karya ini membawa mesej keinsafan, kerendahan diri dan hubungan seorang insan dengan Sang Pencipta, sekali gus menjadikannya dekat di hati pendengar daripada pelbagai peringkat usia.

Pasukan produksi menjelaskan lagu ini menampilkan sisi Farel yang lebih reflektif dan mendalam berbanding karya terdahulu, namun masih mengekalkan kekuatan vokal serta kejujuran emosi yang menjadi identiti penyanyi itu sejak awal kemunculannya. Menurut mereka, pendekatan kali ini memberi ruang kepada Farel untuk menyampaikan emosi secara lebih tenang dan matang.

ARITKEL BERKAITAN: Rakam Dalam Versi Orkestra, Bintang Remaja Popular Indonesia Farel Prayoga Nyanyi Semula Lagu ‘Lemak Manis’

Sebelum ini, Farel Prayoga mencipta fenomena tersendiri menerusi lagu Lemak Manis yang menjadi titik penting dalam perjalanan awal kerjayanya di Malaysia. Lagu tersebut bukan sahaja memperkenalkan bakat Farel kepada khalayak yang lebih luas, malah membuka jalan kepada perkembangan muzik yang lebih konsisten dan tersusun dari semasa ke semasa.

Menerusi pelancaran HambaMu, Farel menunjukkan kesediaan untuk terus bereksperimen dengan tema yang lebih luas serta emosi yang lebih mendalam, sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik serantau. Lagu ini turut memperlihatkan kematangan dalam pemilihan karya yang tidak terikat kepada satu genre semata-mata.

Menariknya, video muzik HambaMu menjalani penggambaran di Istanbul, Turkiye, sekali gus menambah kekuatan visual yang menyokong penghayatan lagu tersebut. Visual yang dipaparkan dilihat mampu menguatkan mesej spiritual lagu, menjadikannya bukan sahaja enak didengar tetapi turut memberi kesan mendalam kepada penonton.

Single HambaMu kini boleh distrim di semua platform digital utama bermula 28 Januari, manakala video muzik rasmi boleh ditonton menerusi saluran YouTube Indigital Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 6 Oct 2025
Featured Fri, 27 Jan 2023

Bantu Orang Kurang Siuman, Wak Doyok Confuse Nama Dikenali

Ikon fesyen dan pelakon, Wak Doyok menceritakan pengalaman memberi sedikit sumbangan kepada golongan yang memerlukan.   View this post on Instagram   A post shared by Wak Doyok (@wakdoyok) Menerusi hantaran Wak di laman Instagram, […]

Hiburan Thu, 7 May 2026

Ajak Orang Ramai Menghayati al-Quran, PU Riz Anjur Majlis Quranic Madani di Bukit Bintang

PU Riz bakal menganjurkan program Quranic Madani – Night Reset: Bersatu Dalam Saf pada Jumaat ini di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Hiburan Wed, 2 May 2018

Kenapa Agaknya Janna Nick Pilih Lelaki Sederhana?

Menurut Janna, sekiranya hatinya terbuka untuk mendirikan rumah tangga, dia lebih selesa mencari lelaki yang sederhana kerana wang bukanlah penentu kebahagian seseorang

Hiburan Wed, 22 Jan 2020
Trending Sun, 24 Apr 2022

Buat Pembedahan Plastik Tukar Wajah, Penjenayah Takut Dijejaki Polis

Lakukan pembedahan plastik elak ditangkap polis, 8 wanita dikehendaki.

error: Content is protected !!